Blogger Widgets

Monday, 16 July 2012

PROGRAM UPSR 2012 - Kelas Intensif dan Pecutan Akhir







UPSR bakal ditempuhi oleh murid-murid tahun 6 2012 pada 11, 12 dan 13 September 2012. Antara program rutin yang dirancang dan sedang dilaksanakan ialah

a. Kelas Intensif dan Kelas Tambahan Sabtu
Kelas intensif untuk semua murid kelas 6 Anugerah, 6 Bijaksana, 6 Cemerlang, 6 Dedikasi, 6 Ehsan, 6 Fadhilat, 6 Gemilang, 6 Hikmah, 6 Intelek dan 6 Jujur, semuanya berjumlah 390 calon UPSR.....Wow!  Ramainya.... Namun semua guru-guru yakin dan berdaya usaha merealisasikan kecemerlangan...amin...Waktu kelas dari 12.50pm - 1.50pm, dari Isnin hingga Khamis. Memandangkan bilangan murid petang juga ramai, agak sukar mendapatkan tempat belajar yang selsesa.....ada yang ke parking kereta (telah diubahsuai menjadi bilik seni), ada yang di makmal sains, makmal KH, bilik komputer dan mana-mana lagi bilik/ tempat yang boleh digunakan......Kesian murid-murid......Namun belajar tetap terus belajar....perjuangan mesti diteruskan...

Kelas Tambahan Sabtu pula untuk setiap Sabtu, 4 kali sebulan dari jam 8am hingga 11.30am, bergilir-gilir matapelajaran  BM/MT dan BI/SN.........  Hari Sabtu senang sikit kelas diaturkan kerana tiada kelas yang perlu direbut-rebut  berbeza kelas Intensif.....Alhamdulillah.....diberi kemudahan...

b. Pecutan Akhir
Sasaran sekolah 96 5A.......AIM96.....yakin boleh......pemilihan berdasarkan UPPM1 dan UPPM2, seramai 96 murid dipilih mengikuti kelas pecutan bermula 2 Julai- 6 September 2012. Terdapat 7 kelas pecutan di bawah kelolaan En Nur Muhammadi Fitri iaitu Mutiara1, Mutiara2, Permata1, Permata2, Berlian1, Berlian2 dan Geliga......Nama-nama yang sangat cantik sebagaimana cantiknya keputusan yang bakal dihasilkan...amin..Kelas bermula 1.30pm - 3.30pm....Setiap kelas dengan bilangan murid 13 atau 14 sahaja....Ya Allah.....perkenankanlah doa dan usaha kami semua...

1 comment:

bumi hijau said...

selamat berjaya thn 6...