Blogger Widgets

Friday 26 February 2016

Tahniah STaC!!!

Tahniah diucapkan kepada warga kerja dan semua dengan kejayaan memperoleh Johan Pertandingan Surau Imarah Peringkat Negeri Johor tahun 2015.
Semoga dengan kejayaan ini Musolla Al-Hakim STaC akan terus menjadi sumber inspirasi untuk semua warga STaC mengejar kecemerlangan akhirat serta peningkatan akhlak anak-anak STaC. InsyaAllah...amin.
Tahniah sekali lagi.

Program Solat

Bermula pada 22 Februari 2016, murid sesi petang akan menjalankan aktiviti solat waktu Zohor dan Asar pada setiap hari persekolahan. Solat Zohor akan dijalankan sebelum sesi pembelajaran bermula pada jam 100 petang, manakala solat Asar akan dijalankan sebelum murid bergerak pulang pada jam 600 petang. Untuk hari Rabu dan Khamis murid akan solat Asar pada jam 530 petang. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan diteruskan sehingga ke hujung tahun untuk membentuk murid STaC yang mempunyai sahsiah yang tinggi. InsyaAllah..





Saturday 20 February 2016

Festival Layang-Layang Antarabangsa kembali....


FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE 21 BERTEMPAT DI BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG. 24 HINGGA 28 FEBRUARI 2016 (RABU-AHAD)
TEMA FESTIVAL PADA KALI INI ADALAH : EXPLORE & COLOUR TRADITION
MARI KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN FESTIVAL KALI INI.

Friday 5 February 2016

Juara....

Tahniah diucapkan kepada para jurulatih dan pemain pasukan bola jaring STaC kerana telah berjaya merangkul tempat pertama di dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Pasir Gudang 2016 yang telah dijalankan di STaC sendiri. Kejuaraan ini adalah kejuaraan kali ke-4 berturut-turut sejak tahun 2013. Tahniah!


Monday 1 February 2016

Program Konfrens Ibu-Bapa/Penjaga Tahun 6 & Ceramah Keibubapaan

Untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun 2016 ini, pihak sekolah telah mengadakan satu program bersama-sama ibu bapa murid Tahun Enam yang dinamakan Program Konfrens Ibu-Bapa/Penjaga Tahun 6 & Ceramah Keibubapaan. Program ini dijalankan pada 31 Januari 2016 dan bertempat di Dewan Sri Delima STaC. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu-bapa yang datang ke program ini dan bekerjasama untuk menjayakan majlis ini. Semoga segala ilmu dan teknik yang ditunjukkan dapat diterapkan kepada anak-anak Tahun Enam STaC.