Blogger Widgets

Monday 16 July 2012

Acara bola tampar P10 dan P11, acara bola baling L10 dan L11

Pada 14 Julai 2012, telah diadakan acara sukan bola tampar dan bola baling bagi murid tahun 4 dan tahun 5. Melihat daripada jumlah kehadiran murid dan penyertaan murid, acara sukan ini merupakan suatu aktiviti yang sememangnya disambut baik oleh warga STaC.

Semua murid yang hadir memberikan komitmen yang tinggi terhadap acara sukan tersebut. Tidak kurang juga dengan penglibatan guru-guru dan staf warga STaC. Acara sukan yang dimulakan dengan regangan ini sememangnya dapat menjaga kesihatan dan menjamin kehidupan yang ceria dan sihat tanpa dadah.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sewaktu acara sukan dijalankan:














Ini sememangnya aktiviti yang menceriakan semua warga STaC, bertepatan dengan makna 
STaC (Sukan Teguh Akademi Cemerlang)

2 comments:

bumi hijau said...

mcm berkelah pulak yg kat bwh pokok tu...tahniah...

Unknown said...

mmm gitula agaknyer...aktiviti santai bersama anak2 dalam memberikan sokongan utk rumah masing2... chayok..merah...