Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!
Pada 26 Jun 2012 - 3 Julai 2012 yang lalu,  Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong bilik BBM. Gotong-royong ini diadakan kerana bilik BBM telah berpindah bilik. Guru-guru SKTC berkerjasama memindahkan Bahan Bantu Mengajar dari bilik asal ke bilik yang baru. Selain itu, aktiviti yang dilakukan ialah menyusun BBM, merekod semula BBM dan menghias bilik. 
|  | 
| Keadaan BBM yang belum disusun..Jenuhni kalau buat sorang-sorang.. | 
|  | 
| Cikgu Liza dan muridnya yang bersama-sama bergotong-royong :) | 
 | 
|  | 
| Cikgu Hairol sedang memaku menggunakan tukul yang dipinjam dari bilik KH. | 
|  | 
| Keadaan bilik BBM yang berubah wajah :) | 
|  | 
| BBM yang telah disusun. | 
|  | 
| Langsir, skirting meja dan tikar pun dah pasang. | 
 Terima kasih daun keladi kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam gotong-royong ini. Tanpa anda semua, gotong-royong ini tidak akan berjaya. 
 
No comments:
Post a Comment