Blogger Widgets

Wednesday 30 May 2012

PENCAPAIAN SUKAN SK TAMAN CENDANA 2012

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, STaC tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan sukan sama ada diperingkat Zon Pasir Puteh ataupun peringkat MSS Daerah Pasir Gudang.

Bagi tahun 2011, pencapaian sukan STaC adalah ditahap membanggakan dimana 4 daripada 6 sukan yang disertai memperoleh kedudukan antara tiga terbaik. Dua daripadanya adalah johan iaitu olahraga dan bola sepak. Walaupun hanya dianjurkan diperingkat zon, menjadi yang terbaik dari 15 buah sekolah dalam zon Pasir Puteh bukan sesuatu yang mudah.

Tahun 2011 juga menyaksikan STaC terus menjadi penyumbang atlit bagi skuad negeri Johor. Hoki merupakan penyumbang terbesar apabila 4 orang dari skuad hoki STaC terpilih mewakili Johor. Sukan lain yang turut menghasilkan atlit negeri Johor adalah Olahraga dan Bola Baling masing-masing seorang wakil.

Mari lihat pula pencapaian sukan STaC bagi tahun 2012.


Alhamdulillah, STaC masih teguh tahap pencapaian sukan bagi tahun ini...berjaya mengekalkan kejuaraan bagi sukan olahraga dan bola sepak di peringkat MSS Zon Pasir Puteh dan masih mengekalkan rekod tahun 2011 iaitu menjadi 3 sekolah terbaik bagi 4 sukan antara 6 yang disertai.

Lebih membanggakan adalah Skuad Olahraga STaC telah  berjaya mengekalkan kejuaraan bagi kali ke 9 berturut-turut sejak STaC dibuka pada 2002. Dua kejuaraan diperingkat MSS Daerah Pasir Gudang pada tahun 2010 dan 2011 lebih sukar kerana STaC perlu bersaing dengan 66 buah sekolah di Daerah Pasir Gudang. Bola Sepak juga telah menjadi johan sejak tahun 2010 (peringkat daerah) sehingga 2012, 3 tahun berturutan.

Kontigen Olahraga Balapan & Padang STaC 2012
Harly Davidson, 3B atlit harapan.
Pada tahun 2007, STaC pernah dianugerahkan Sekolah Menghasilkan Atlit Berprestasi Tinggi Negeri Johor kerana sentiasa menyumbangkan atlit negeri Johor saban tahun dan untuk tahun 2012, STaC masih berada di landasan yang sama. Walaupun kurang dari tahun sebelumnya iaitu hanya 4 orang, namun jika dilihat dari sudut persaingan, STaC terus teguh.
                                                                
Walaupun jumlah murid-murid STaC semakin kurang dengan terbinanya sekolah-sekolah baru di taman-taman berdekatan (1 sudah dibuka, 2 lagi tahun hadapan), STaC akan terus bersaing menjadi yang terbaik dan akan berusaha menjadi lebih baik.

Harith Ilyas, 6B atlit MSSM Bola Sepak.
Jika ditukarkan pencapaian STaC dalam bentuk GPS SKPM, STaC hanya memperoleh 71.05 iaitu Band 3 dengan kelulusan 67%. Jadi, masih banyak lagi yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan jika ingin menjadi yang terbaik.

Terima kasih dengan kerjasama dan sokongan semua warga STaC termasuk ibu bapa yang menyumbang dalam pencapaian sukan STaC 2012. 

"EVEN IF WE ARE NOT WINNING, LET US GIVE THEM A GOOD FIGHT"


Skuad Bola Sepak STaC 2012, Johan dan Tempat ke-3.


Skuad Hoki Lelaki STaC 2012.
Skuad Hoki Perempuan STaC 2012, Naib Johan Daerah.
Selagi STaC ada komitmen guru-gurunya, selagi STaC ada kesungguhan murid-muridnya..selagi itulah STaC akan terus memberikan saingan dalam apa jua kejohanan yang disertai. Harapan semoga tahun hadapan kontigen sukan STaC akan terus mendapat doa dan sokongan padu semua warga STaC.

STaC ~ Sukan Terbilang Akademik Cemerlang ~                                                                                           



Friday 4 May 2012

Solat Hajat Mingguan (UPSR2012)





Demi menyempurnakan persediaan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada 11, 12 dan 13 September 2012, program solat hajat mingguan dijadualkan pada setiap Jumaat seawal jam 7.00 pagi. En Muhd Reymizi selaku penyelaras program telah mengaturkan jadual bertugas guru sebagai imam dan Pn Najibah sebagai Ketua Panitia Pengajian Agama Islam telah bertindak mengaturkan perjalanan solat hajat dengan menyusun atur pergerakan penyediaan dewan untuk solat yang dilaksanakan oleh murid-murid sendiri mengikut giliran kelas bertugas. Alhamdulillah murid-murid telah faham dan mahir akan perjalanan program dan harapan semoga ini mampu membantu kejayaan mereka nanti semasa UPSR....amin...