Blogger Widgets

Wednesday 9 March 2016

Solat Gerhana

Pada pagi tadi telah dijalankan program Solat Sunat Gerhana bertempat di Musolla Al-Hakim STaC. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sebelum guru-guru dan murid-murid bersama-sama menjalankan solat sunat gerhana.



Saturday 5 March 2016

Tewas...

Pada 28 Februari 2016 sehingga 3 Mac 2016 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang 2016 bertempat di SMK Kota Puteri, Pasir Gudang. STaC telah bergelar juara berturut-turut bagi peringkat Zon dan Daerah sebanyak 12 kali sejak dari tahun 2004. Akan tetapi pada tahun 2016, pasukan olahraga STaC tidak berupaya untuk terus kekal sebagai juara buat kali ke-13 selepas menerima tentangan yang hebat daripada sekolah-sekolah lain. Dalam kejohanan tersebut, STaC hanya berjaya untuk mendapatkan tempat ke-4 daripada 70 buah sekolah yang bertanding. Semoga pasukan olahraga STaC akan menjadikan ini sebagai pencetus semangat untuk kembali dengan lebih kuat pada kejohanan akan datang. STaC tidak akan mengalah, kami akan terus berjuang untuk menjadi juara semula..