Blogger Widgets

Saturday 30 June 2012

LDP - Kursus Memperkasakan Sekolah....30 Jun 2012



Mari belajar nak kira skor komposit, gps dan band......

                                         
  Kira...jangan tak kira....skor komposit......gps...band....la la la
           Boleh ke naik band ni.........


                                          Faham ke tidak?  .......  Faham Cikgu Azmi.......



Friday 29 June 2012

Hari Terbuka STaC 2012



Hari Terbuka iaitu hari ibu bapa murid bertemu dengan guru kelas bagi SK Taman Cendana telah berlangsung pada 29 Jun 2012. Program tahunan itu bermula seawal 7.30 pagi di mana ada ibu bapa yang sudah pun tiba awal di sekolah untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing, berbincang tentang perkembangan terutama dari segi akademik anak-anak.

bagi kelas Tahun 6, guru kelas menunggu di Dewan Terbuka manakala bagi Tahun 1 hingga Tahun 5, ibu bapa berjumpa guru kelas di kelas anak masing-masing.


Hari Terbuka kali ini berjalan dengan lancar dan majoriti guru kelas berpuas hati apabila dapat berbincang dengan ibu bapa anak-anak murid supaya ibu bapa tahu tentang anak-anak mereka di sekolah.

selain itu, di lobi sekolah, ada beberapa gerai seperti gerai jualan buku dan sebagainya dijalankan dan mendapat sambutan yang baik. Kelab guru iaitu Kelab PENDITA juga turut mengambil kesempatan membuat jualan minuman, dadih, jambu dan jelly kelapa yang juga mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa.


Terima Kasih kepada semua guru SK Taman Cendana yang telah menjalankan tugas dengan cukup baik bersempena Hari Terbuka ini.