Blogger Widgets

Friday 20 July 2012

Program TMK Pelajar Tahun 2

Pada hari Isnin 16 Julai 2012, satu program TMK untuk semua pelajar Tahun 2 STaC akan berjalan selama seminggu.


Program ini dijalankan di Makmal Komputer 1 STaC pada setiap hari sepanjang minggu ini. Guru-guru yang terlibat adalah En. Firdaus sebagai Penyelaras Program, En. Fadzil sebagai Penolong Penyelaras Program, En. Muhammad Amin selaku Penolong Penyelaras Makmal Komputer, dan semua guru Sains Tahun 2 STac.


Program ini dijalankan untuk memenuhi silibus pelajaran Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, di mana murid Tahun 2 perlu mempunyai pengetahuan di dalam membuat akaun emel, menghantar emel, membaca emel, dan membuat carian menggunakan Internet.

Berikut disertakan gambar-gambar sewaktu aktiviti dijalankan:




No comments: