Blogger Widgets

Saturday 14 July 2012

14 Julai 2012



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua terutamanya warga StaC yang berkunjung di blog yang masih dalam pembikinan ini.

hari ni, hari Sabtu terakhir untuk guru-guru StaC bersama-sama ke sekolah sebelum tiba Ramadhan. Untuk makluman semua, Perkhemahan Unit Uniform Tahun 5 yang sepatutnya berlangsung pada hari semalam, hari ni dan hari esok telah ditunda dan akan dijalankan selepas raya nanti, di bulan September.

Jadi, hari ni di sekolah berlangsungnya acara kokorikulum dimana perlawananan Bola Baling dan Bola Tampar diadakan mengikut rumah sukan seperti yang telah berlangsung sebelum ini.

Selamat Bersukan wahai anak-anak STaC dan selamat bersorak dan memberikan galakan kepada guru rumah sukan masing-masing.

No comments: