Blogger Widgets

Thursday 12 July 2012

Berakhirnya Latihan Rumah Sukan.




Petang tadi, telah berakhirnya Latihan Rumah Sukan bagi sesi petang yang menyaksikan semua murid sangat berpuas hati dan gembira dapat bersukan di padang dan dapat menunjukkan kebolehan masing-masing dalam acara olahraga seperti larian, lompat jauh dan lompat tinggi.

nama murid pun sudah dipilih mengikut rumah sukan masing-masing dan akan ke padang semula kemungkinan besar selepas raya nanti.

apabila ditanya oleh Penyelaras, Cikgu Redzwan apakah perasaan mereka dapat menjalani Latihan Sukan, semua ada yang menjawab "penat" namun tak kurang juga yang memberikan jawapan "gembira".

ternyata, anak-anak STaC sememangnya suka bersukan. mana tidaknya, yang comel-comel badannya pun bersemangat sama untuk berlari dan melompat seperti rakan-rakan yang lain.

Sukan Tahunan STac dijadualkan berlangsung dalam bulan Oktober nanti. beberapa bulan dari sekarang. cikgu-cikgu semua dah tak sabar nak bersorak dekat padang tu. ^___^



No comments: