Blogger Widgets
Showing posts with label aktiviti guru. Show all posts
Showing posts with label aktiviti guru. Show all posts

Monday, 30 July 2012

Musim Proses Buku Datang Lagi....

Nama Aktiviti : Memproses & Automasi Buku                            
Anjuran          : PSS SK. Taman Cendana
Tarikh            : Sepanjang tahun.
Tempat          : Perpustakaan SK. Taman Cendana
AJK Terlibat  : Guru Perpustakaan & Pengawas PSS

Aktiviti yang dijalankan :
                                      1) Cop hak milik dan perolehan.
                                      2) Menampal sticker warna mengikut kod dwi perpuluhan.
                                      3) Automasi data buku ke dalam database.
                                      4) Menulis maklumat perolehan pada buku.
                                      5) Menampal slip tarikh pemulangan dan 'sellotape' nombor perolehan.

Guru-guru dan pengawas PSS sedang bertungkus-lumus memproses buku.


~Buku yang dah cop~          ~Kotak kuning dah kosong~        ~Q untuk ditulis maklumat~       ~Hampir siap proses~
Catatan : Terima kasih kepada guru-guru perpustakaan dan pengawas PSS yang terlibat dalam aktiviti ini. Berita baiknya, masih ada lagi buku-buku yang perlu kita proses :D. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.

Wednesday, 11 July 2012

Guru-Guru Bahasa Inggeris dan CPT.




hari ini, semua guru major dan minor Bahasa Inggeris SK Taman Cendana akan bersama-sama menjawab Ujian Kompetan atau Competency Test untuk menguji tahap kompetensi guru-guru yang mengajar subjek ini.


Ujian akan dijalankan di Makmal Komputer 1 dan akan bermula pada jam 12.15 tengah hari untuk guru-guru sesi petang dan jam 1.00 untuk guru-guru sesi pagi.

Selamat Menjawab kepada semua guru yang terlibat. semoga dapat markah yang baik.

Monday, 9 July 2012

Gotong-royong Bilik BBM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!

Pada 26 Jun 2012 - 3 Julai 2012 yang lalu,  Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong bilik BBM. Gotong-royong ini diadakan kerana bilik BBM telah berpindah bilik. Guru-guru SKTC berkerjasama memindahkan Bahan Bantu Mengajar dari bilik asal ke bilik yang baru. Selain itu, aktiviti yang dilakukan ialah menyusun BBM, merekod semula BBM dan menghias bilik. 
Keadaan BBM yang belum disusun..Jenuhni kalau buat sorang-sorang..

Cikgu Liza dan muridnya yang bersama-sama bergotong-royong :)

Cikgu Hairol sedang memaku menggunakan tukul yang dipinjam dari bilik KH.
Keadaan bilik BBM yang berubah wajah :)

BBM yang telah disusun.
Langsir, skirting meja dan tikar pun dah pasang.
 Terima kasih daun keladi kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam gotong-royong ini. Tanpa anda semua, gotong-royong ini tidak akan berjaya.

Saturday, 7 July 2012

LDP : Kursus Meningkatkan Profesionalisme Guru




Jikalau minggu lepas guru-guru STac telah selamat menjalani LDP tentang Memperkasakan Sekolah, minggu ini sekali lagi semua guru datang untuk mendengar Kursus dari Penceramah Undangan Khas, Guru Besar dari Sekolah di Kota Tinggi.






Tajuk kursus ialah Meningkatkan Profesionalisme di Kalangan Guru-Guru. Kursus terbahagi kepada 3 slot iaitu, Slot Pertama merupakan taklimat dari Yayasan Guru Malaysia Berhad. Slot Kedua lebih kepada Pengertian dan Tugas Guru sebagai Pendidik dan Pemimpin dan Slot Ketiga menjurus kepada bagaimana seorang guru berperanan untuk membentuk sahsiah anak-anak murid.






banyak maklumat berguna diperoleh sepanjang kursus ini. semoga guru-guru STaC dapat mengambil input yang terbaik dan menjadikan sebagai cabaran kepada diri sendiri untuk menjadi guru ynag terbaik! Insya Allah.

Saturday, 30 June 2012

LDP - Kursus Memperkasakan Sekolah....30 Jun 2012



Mari belajar nak kira skor komposit, gps dan band......

                                         
  Kira...jangan tak kira....skor komposit......gps...band....la la la
           Boleh ke naik band ni.........


                                          Faham ke tidak?  .......  Faham Cikgu Azmi.......