Pembinaannya telah memakan masa selama setahun setengah dan pada 19hb November 2001 sekolah ini telah siap dibina. Sebanyak RM 6.9 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan sekolah ini.
Ia terdiri daripada empat blok di mana blok-blok ini mengandungi 30 bilik darjah dan 22 bilik khas termasuk kelas pendidikan pra-sekolah.
Secara rasminya, SK Taman Cendana telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 2hb Januari 2002. Sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar pertama pada 7hb Januari 2002.
Sehingga ke hari ini terdapat seramai 109 orang guru dan 8 orang staff. Sementara itu bilangan murid adalah seramai 2185 orang.
No comments:
Post a Comment