Blogger Widgets
Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

MOTIVASI UPSR 2008

Salam Ramadhan...

Video motivasi tahun 6 UPSR 2008, selamat menonton!!

Tuesday, 24 July 2012

BERMULANYA PERCUBAAN UPSR

Hari ini (24/7/12) bermulalah peperiksaan percubaan UPSR bagi adik-adik tahun 6.  Peperiksaan ini sangat penting bagi menilai pencapaian semasa murid sbelum peperiksaan sebenar UPSR pada bulan September nanti.


Peperiksaan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu 1, diikuti kertas Matematik 2 dan seterusnya kertas Bahasa Melayu 2.  Setelah berpenat lelah dan berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, maka inilah saatnya yang akan menentukan penguasaan dan pencapaian para pelajar tahun 6.



Kepada adik-adik tahun 6, teruskan berusaha dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang kelak.  Dan kepada guru-guru tahun 6 yang sentiasa bertungkus lumus mengajar dari pagi hingga ke petang, diharapkan segala usaha dan doa kalian akan dimakbulkan.  Semoga keputusan yang diperolehi mencapai sasaran.

Percubaan UPSR 2012

Selamat berjuang.... Dewan Seri Delima dibuka dan kelas 6 Dedikasi, 6 Ehsan, 6 Fadhilat dan 6 Gemilang di tempatkan di dewan untuk menjawab soalan percubaan UPSR setara negeri Johor....Diharap usaha sedemikian mampu meningkatkan motivasi murid-murid dan bersedia berjuang mendapatkan keputusan terbaik...

Percubaan UPSR 24-26 Julai 2012


Saturday, 21 July 2012

Majlis Solat Hajat Perdana Calon UPSR 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Video ringkas sempena pada majlis solat hajat dan bacaan yassin hari khamis yang lepas...

Moga berkat dari solat hajat dan doa anak-anak murid, ibu bapa dan para guru membakar semangat anak-anak tahun 6 untuk terus gigih dan membuahkan hasil yang membanggakan..insyaAllah..

Tuesday, 17 July 2012

UPSR - Kami Prihatin


Tanggal 17 Julai 2012, satu majlis "simple" dan santai di mana 14 murid tahun 6 yang telah menampakkan kecemerlangan dalam UPP2 telah bersarapan pagi bersama Pn Hasmah binti Ismail serta beberapa guru iaitu Pn Noraini Shukor (GPK Kurikulum), Pn Sahrinor Hapsah, Pn Zariah Abd Kadir dan Pn Muslihah Mohd. Mokti.



 Kesungguhan yang telah ditunjukkan dihargai dengan pemberian cenderahati oleh Guru Besar

Ini juga merupakan suatu dorongan untuk ke arah peningkatan pencapaian dalam UPSR nanti.

TAHNIAH ATHIRAH....5A dalam gengaman
                                                                       TAHNIAH ASYRAF &      
                                                                       KAWAN-KAWAN...
                                                                       Terus berusaha ....
                                                                       Pastikan mencapai 5A



TAHNIAH NAFIZA.......5A semakin pasti




Yakinlah anak-anak bahawa kami guru STaC sentiasa menyokong dan membantu kalian....
Jangan malu-malu, makan sampai kenyang..........

Monday, 16 July 2012

PROGRAM UPSR 2012 - Kelas Intensif dan Pecutan Akhir







UPSR bakal ditempuhi oleh murid-murid tahun 6 2012 pada 11, 12 dan 13 September 2012. Antara program rutin yang dirancang dan sedang dilaksanakan ialah

a. Kelas Intensif dan Kelas Tambahan Sabtu
Kelas intensif untuk semua murid kelas 6 Anugerah, 6 Bijaksana, 6 Cemerlang, 6 Dedikasi, 6 Ehsan, 6 Fadhilat, 6 Gemilang, 6 Hikmah, 6 Intelek dan 6 Jujur, semuanya berjumlah 390 calon UPSR.....Wow!  Ramainya.... Namun semua guru-guru yakin dan berdaya usaha merealisasikan kecemerlangan...amin...Waktu kelas dari 12.50pm - 1.50pm, dari Isnin hingga Khamis. Memandangkan bilangan murid petang juga ramai, agak sukar mendapatkan tempat belajar yang selsesa.....ada yang ke parking kereta (telah diubahsuai menjadi bilik seni), ada yang di makmal sains, makmal KH, bilik komputer dan mana-mana lagi bilik/ tempat yang boleh digunakan......Kesian murid-murid......Namun belajar tetap terus belajar....perjuangan mesti diteruskan...

Kelas Tambahan Sabtu pula untuk setiap Sabtu, 4 kali sebulan dari jam 8am hingga 11.30am, bergilir-gilir matapelajaran  BM/MT dan BI/SN.........  Hari Sabtu senang sikit kelas diaturkan kerana tiada kelas yang perlu direbut-rebut  berbeza kelas Intensif.....Alhamdulillah.....diberi kemudahan...

b. Pecutan Akhir
Sasaran sekolah 96 5A.......AIM96.....yakin boleh......pemilihan berdasarkan UPPM1 dan UPPM2, seramai 96 murid dipilih mengikuti kelas pecutan bermula 2 Julai- 6 September 2012. Terdapat 7 kelas pecutan di bawah kelolaan En Nur Muhammadi Fitri iaitu Mutiara1, Mutiara2, Permata1, Permata2, Berlian1, Berlian2 dan Geliga......Nama-nama yang sangat cantik sebagaimana cantiknya keputusan yang bakal dihasilkan...amin..Kelas bermula 1.30pm - 3.30pm....Setiap kelas dengan bilangan murid 13 atau 14 sahaja....Ya Allah.....perkenankanlah doa dan usaha kami semua...

Thursday, 12 July 2012

Gerak Gempur UPSR 2012- anjuran PPDPG & MGB di UniKL

Seramai 23 murid calon cemerlang AIM96 telah dipilih berdasarkan prestasi Bahasa Inggeris ke program tersebut pada 12 Julai 2012 di UniKL, Bandar Seri Alam......WOW ramainya murid dari daerah Pasir Gudang...semuanya lebih 700 murid bersama guru-guru pengiring masing-masing.

Wakil STaC diiring oleh Sir Fahmi, Mdm Azliza dan Miss Raymona.......Cikgu Muslihah jadi extra " driver" sebab murid STaC ramai, tiga kereta guru pengiring tidak cukup.....Program bermula 8.00 pg hingga 4.00 ptg.....Aduh..lama juga

....Ada teknik menjawab Bahasa Inggeris di sebelah pagi , manakala sebelah petang Ustaz Muliade pula mengendalikan motivasi.......Komen murid-murid....." BEST CIKGU"....kenapa best....sebab dapat jejak kaki ke universiti....Semoga impian kalian menjadi kenyataan...

Friday, 4 May 2012

Solat Hajat Mingguan (UPSR2012)





Demi menyempurnakan persediaan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada 11, 12 dan 13 September 2012, program solat hajat mingguan dijadualkan pada setiap Jumaat seawal jam 7.00 pagi. En Muhd Reymizi selaku penyelaras program telah mengaturkan jadual bertugas guru sebagai imam dan Pn Najibah sebagai Ketua Panitia Pengajian Agama Islam telah bertindak mengaturkan perjalanan solat hajat dengan menyusun atur pergerakan penyediaan dewan untuk solat yang dilaksanakan oleh murid-murid sendiri mengikut giliran kelas bertugas. Alhamdulillah murid-murid telah faham dan mahir akan perjalanan program dan harapan semoga ini mampu membantu kejayaan mereka nanti semasa UPSR....amin...