Blogger Widgets

Monday, 30 July 2012

KUTIPAN PINGAT SUKAN TAHUNAN STaC 2012

Assalamualaikum w.b.k..
 
Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan...puasa ke tak? Tak pasang Jalur Gemilang ke?

Bulan puasa ni mungkin tiada aktiviti sukan yang dapat dianjurkan oleh unit sukan STaC untuk menghormati Ramadhan.

Sukan Tahunan STaC dirancang pada 7 Oktober 2012..dan tidak diadakan sekali dengan Hari Kantin STaC..

Sukan Tahunan STaC tahun ni telah mengalami perubahan hasil dari inisiatif unit sukan STaC untuk menambah jumlah pingat yang boleh dimenangi. Sukan Tahunan STaC tidak lagi berkonsepkan Olahraga & Balapan sepenuhnya semenjak tahun 2011 apabila ditambah 1 pingat emas untuk acara bola sepak.

Selaras dengan konsep 1M1S oleh KPM yang menekankan sukan sepanjang tahun, apabila penggal pertama persekolahan dipenuhi dengan takwim sukan peringkat zon hingga kebangsaan, penggal kedua ini pula diisi dengan aktiviti sukan peringkat sekolah.

Berikut adalah acara sukan yang telah dijalankan dan pemenang bagi setiap acara tersebut...
Rumah kuning mungkin belum temui rentak...
Ya, kita ada dua lagi acara dalam perancangan jika menemui tarikh yang sesuai iaitu bola sepak dan bola jaring...dibawah disenaraikan cadangan acara tambahan lain:

1. Bola Tampar Guru-Guru antara Rumah Sukan
2. Bola Jaring Guru-Guru antara Rumah Sukan
3. Tarik Tali Murid antara Rumah Sukan
4. ......(menunggu cadangan lain)

mengapa guru-guru pun nak bersukan? Takkan murid-murid saja yang perlu kekal sihat tapi guru-guru stress dengan kerjaya...why don't we spend some time doing sports? Lebih-lebih lagi kalau guru boleh menyumbangkan pingat untuk rumah sukan masing-masing.

Guru Gembira Anak Murid Ceria!!! 
Hmmm..boleh jadi tagline baru ni,...

Ok lah, dibawah pula adalah jumlah kutipan pingat setakat 30 Julai 2012..
Rumah Merah mengganas!!!


 Jangan risau rumah kuning, you'll conquer track and field events...perhaps...

Ni nak pecah rahsia sedikit, kemungkinan acara kemuncak nanti tidak dapat dijalankan di padang STaC kerana pembinaan surau katanya nak bermula dan ada satu lagi pembinaan yang mungkin akan mengambil sedikit kawasan padang...

Jadi kita tunggu keputusan dari Guru Besar kita Puan Hasmah Ismail...
Good news perhaps? Aminnn...

Jumpa lagi dalam post sukan seterusnya...

~ STaC ~
"Sukan Terbilang Akademik Cemerlang"



Musim Proses Buku Datang Lagi....

Nama Aktiviti : Memproses & Automasi Buku                            
Anjuran          : PSS SK. Taman Cendana
Tarikh            : Sepanjang tahun.
Tempat          : Perpustakaan SK. Taman Cendana
AJK Terlibat  : Guru Perpustakaan & Pengawas PSS

Aktiviti yang dijalankan :
                                      1) Cop hak milik dan perolehan.
                                      2) Menampal sticker warna mengikut kod dwi perpuluhan.
                                      3) Automasi data buku ke dalam database.
                                      4) Menulis maklumat perolehan pada buku.
                                      5) Menampal slip tarikh pemulangan dan 'sellotape' nombor perolehan.

Guru-guru dan pengawas PSS sedang bertungkus-lumus memproses buku.


~Buku yang dah cop~          ~Kotak kuning dah kosong~        ~Q untuk ditulis maklumat~       ~Hampir siap proses~
Catatan : Terima kasih kepada guru-guru perpustakaan dan pengawas PSS yang terlibat dalam aktiviti ini. Berita baiknya, masih ada lagi buku-buku yang perlu kita proses :D. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.

Wednesday, 25 July 2012

MOTIVASI UPSR 2008

Salam Ramadhan...

Video motivasi tahun 6 UPSR 2008, selamat menonton!!

Tuesday, 24 July 2012

BERMULANYA PERCUBAAN UPSR

Hari ini (24/7/12) bermulalah peperiksaan percubaan UPSR bagi adik-adik tahun 6.  Peperiksaan ini sangat penting bagi menilai pencapaian semasa murid sbelum peperiksaan sebenar UPSR pada bulan September nanti.


Peperiksaan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu 1, diikuti kertas Matematik 2 dan seterusnya kertas Bahasa Melayu 2.  Setelah berpenat lelah dan berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, maka inilah saatnya yang akan menentukan penguasaan dan pencapaian para pelajar tahun 6.



Kepada adik-adik tahun 6, teruskan berusaha dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang kelak.  Dan kepada guru-guru tahun 6 yang sentiasa bertungkus lumus mengajar dari pagi hingga ke petang, diharapkan segala usaha dan doa kalian akan dimakbulkan.  Semoga keputusan yang diperolehi mencapai sasaran.

Percubaan UPSR 2012

Selamat berjuang.... Dewan Seri Delima dibuka dan kelas 6 Dedikasi, 6 Ehsan, 6 Fadhilat dan 6 Gemilang di tempatkan di dewan untuk menjawab soalan percubaan UPSR setara negeri Johor....Diharap usaha sedemikian mampu meningkatkan motivasi murid-murid dan bersedia berjuang mendapatkan keputusan terbaik...

Percubaan UPSR 24-26 Julai 2012


Saturday, 21 July 2012

Majlis Solat Hajat Perdana Calon UPSR 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Video ringkas sempena pada majlis solat hajat dan bacaan yassin hari khamis yang lepas...

Moga berkat dari solat hajat dan doa anak-anak murid, ibu bapa dan para guru membakar semangat anak-anak tahun 6 untuk terus gigih dan membuahkan hasil yang membanggakan..insyaAllah..

Friday, 20 July 2012

Bersatu teguh, STaC terus utuh

Pada 18 Julai 2012, telah diadakan satu gotong-royong dikalangan guru-guru STaC untuk Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat bagi pelajar UPSR 2012.

Aktiviti gotong-royong ini dijalankan di bawah seliaan Ustad Mohd Zaki B. Zainal dan diketuai olah Cikgu Qhairi Hisham B. Azemi selaku ketua persiapan tempat (sebelum majlis).

Ape yang dapat diperhatikan di sini ialah kerjasama di antara guru-guru sesi pagi dan petang STaC. Memikul segala beban bersama-sama tidak kira ringan atau pun berat.

Kesungguhan jelas tergambar di wajah mereka:





 

Program TMK Pelajar Tahun 2

Pada hari Isnin 16 Julai 2012, satu program TMK untuk semua pelajar Tahun 2 STaC akan berjalan selama seminggu.


Program ini dijalankan di Makmal Komputer 1 STaC pada setiap hari sepanjang minggu ini. Guru-guru yang terlibat adalah En. Firdaus sebagai Penyelaras Program, En. Fadzil sebagai Penolong Penyelaras Program, En. Muhammad Amin selaku Penolong Penyelaras Makmal Komputer, dan semua guru Sains Tahun 2 STac.


Program ini dijalankan untuk memenuhi silibus pelajaran Dunia Sains & Teknologi Tahun 2, di mana murid Tahun 2 perlu mempunyai pengetahuan di dalam membuat akaun emel, menghantar emel, membaca emel, dan membuat carian menggunakan Internet.

Berikut disertakan gambar-gambar sewaktu aktiviti dijalankan:




Thursday, 19 July 2012

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH





RINGKASAN PENTADBIR



MOTO PERKHIDMATAN

  • USAHA YANG GIGIH DAN DOA YANG IKHLAS MENJAMIN KECEMERLANGAN HAKIKI
  • "EVERYBODY IS IMPORTANT"



MOTO PERKHIDMATAN

  • KERJA ITU IBADAT
  • KERJA DENGAN INTERGRITI





MOTO PERKHIDMATAN

  • KESUNGGUHAN BERKERJA DAN KEIKHLASAN MEMBERI KEPUASAN DAN KEJAYAAN SEBAGAI GURU CEMERLANG
  • "GURU PENYAYANG MURID TERBILANG"








MOTO PERKHIDMATAN

  • BERTINDAK DENGAN PENUH KEYAKINAN





MOTO PERKHIDMATAN

  • USAHA, SABAR DAN TAWAKAL AKAN MEMBUAHKAN KEJAYAAN YANG DICITAKAN.
  • "BERSYUKUR ATAS SEGALANYA MENAMBAH KEIMANAN DAN KEKUATAN DALAM DIRI SEBAGAI INSAN YANG DIKASIHI ALLAH"


                                             STAF SOKONGAN

 

                                       TABURAN PENJAWAT AWAM MENGIKUT GRED

JUMLAH PENJAWAT AWAM : 111 ORANG

Wednesday, 18 July 2012

SENARAI NAMA GURU 2012





BIL NAMA JAN
1MOHD AZMI BIN MUSTAFA L
2 NOR AFFENDI BIN ZAINAL L
3 NOOR MUHAMMADI FITRI BIN SHAPII L
4 HIRWAZI BIN NASIFF @ MUSA L
5 MOHD. ZAKI BIN ZAINAL L
6 RUZAIMI BIN ABDULLAH L
7 MOHD YAZRI B. MOHD YATIM L
8 MOHAMAD HEIRY BIN ABD RAHIM L
9 MUHAMAD AZMI BIN IBRAHIM L
10 HAIROL BIN ABD RAHMAN L
11 MOHD HAFIZ BIN HISAMUDIN L
12 MOHD FAHMIIZANI BIN FADZIL L
13 SAIPUL ASRI BIN AHMAD L
14 MD. MUSTAHIR BIN MAWLANA L
15 MOHD REDWAN BIN ABD JAAFAR L
16 MUHAMAD FIRDAUS BIN ISMAIL L
17 MUHAMMAD AMIN BIN IDRIS L
18 KHAIRUDDIN BIN OMAR L
19 ADHAR BINMOHD HAMDAN L
20 M. ALHAM BIN M. AMIN L
21 QHAIRI HISHAM BIN AZEMI L
22 MOHAMAD AMIR B. MOHAMAD ZAKI L
23 HILMI ZULFADLI BIN SHAHROM L
24 FADZIL BIN ABDULLAH L
25 ROSLI BIN SATAR L
26 OBAIDILAH BIN OTHMAN L
27 MOHD KHAIRUL NIZAM BIN MAHPOL L
28 MUHAMAD RAYMEZI BIN ASAN L
29 WILLTON JAIPOL L
30 MOHD SHAHRIL BIN MOHD SHAAFI L




BIL NAMA JAN
1FADHILAH BT HUSSIN P
2HJH. MUSLIHAH BINTI MOHD MOKTI P
3 ZAINORHARYATI BT ABDULLAH P
4 HAZLINAH BINTI JEBOK P
5 JESSICA ANAK LUCAS P
6 MASITA BINTI NGALI P
7 SALMAH BINTI AYA P
8 ZUBAIDAH BINTI AWING @ GHAFAR P
9 NORAFIZAH BINTI MUSTAFA P
10 NAPISAH BINTI ABDUL RAHMAN P
11 SHARIFAH NOOR BINTI RAFIE P
12 MARDHIYAH BINTI MOHD SAFWAN P
13 HASLINDA BINTI MD ALI P
14 RAHIDA BTE ABD RAHIM P
15 NOR LIZAH BINTI ABU TALIP P
16 SITI ZULAIKHA BT JOHDI P
17 MAIZIAHTUN BINTI KEMAT P
18 SITI ROKIAH BINT ALIAS P
19 ZARINA BINTI MUSA P
20 SUZILAWATI BT AHMAD SHANI P
21 ROSNI BT ABD SAMAT P
22 NUR LAELA BT KHALIAH@KHALID P
23 SYARIPAH BT IBRAHIM P
24 SITI NOR'AIN BINTI AMRUS P
25 NAJIBAH BINTI UMORUDDIN P
26 NOR 'AIDA BINTI YUSOP P
27 ZURIATI BINTI ZAKARIA P
28 NORMAZNI BINTI SANI P
29 NOOR LIZA BINTI OMAN P
30 SITI MAZURA BINTI AB KARIM P
31 HAZIRAH BINTI ABDUL RAHMAN P
32 FARIDAH BINTI CHAPARI P
33 NORAFIZA BINTIMAHMOD P
34 NORDILLAH BINTI SENIN P
35 FARRAH IRDAWATI BINTI MOHD KHAIR P
36 ZARIAH BINTI ABDUL KADIR P
37 NIK ZUNAINAH BINTI NIK MAN P
38 NOOR FADHILAH BTE CHE SOH@ YUSOFF P
39 SITI NOOR SOFIE BTE ABDUL HASHIM P
40 HARNINI BTE ASMAN P
41 NORSUZIENA BINTI JAAFAR P
42 AZRINA BT SAHRI P
43 RAYMONA ANAK SAIN P
44 OLIVIA ANAK SIGUS P
45 MARSITA BT ZAKARIA P
46 ZAINANI BINTI CHE  BALI P
47 WAN HASYIMAH BTE WAN OSMAN P
48 ZANARIAH BTE ALI. P
49 MARJANIAH BTE DAGIMI P
50 ZARINAH BINTI ALIAS P
51 DASIMAH BT DAUD P
52 HJH. AZLIZA BT KAULAN P
53 ROZIDAH BINTI SAMAN @ OTHMAN P
54 SITI SHAILA BT SYED ADNAN P
55 ROHAINA BTE SELAMAT P
56 ZALEHA BINTI MAHMOD P
57 NAJAYATULHAYAH BT P
58 NOR LIZA BINTI JUMAAT. P
59 AIDA BINTI MOHD ARIFF P
60 MARIANI BT YUSOH P
61 WAN KHAIRINA HASNIZA BINTI KHAIRUDDIN P
62 NOR AZLIYATI BINTI MOHD HUSAIN P
63 NOR MILAWATI BT KALIWON P
64 ZURINA BINTI ABDULLAH@OTHMAN P
65 NURUL AZRIN BT ABU ZAINI P
66 SAADIAH BT YAHPAR P
67FAZIAH BTE AHMAD P
68 PUTRI ISMA IDA BINTI ISMAIL P
69 SAHRINOR BINTI HAPSAH P
70 ZUHAINI BINTI ABD RAHMAN P
71 JULIANA BINTI MUHAMMAD P
72 SITI SHAHRINA BINTI MAZLAN P
73 NORMAH BINTI YASSIN P
74     WAN HASYIMAH BT WAN OSMAN                          P

JUMLAH KESELURUHAN GURU : 104 ORANG

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Pembinaannya telah memakan masa selama setahun setengah dan pada 19hb November 2001 sekolah ini telah siap dibina.  Sebanyak RM 6.9 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan sekolah ini.  

Ia terdiri daripada empat blok di mana blok-blok ini mengandungi 30 bilik darjah dan 22 bilik khas termasuk kelas pendidikan pra-sekolah.  

Secara rasminya, SK Taman Cendana telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 2hb Januari 2002. Sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar pertama pada 7hb Januari 2002.

Sehingga ke hari ini terdapat seramai 109 orang guru dan 8 orang staff.  Sementara itu bilangan murid adalah seramai 2185 orang.

LOGO SEKOLAH

BENTUK OVAL            Melambangkan balapan atau kesalahan sifar.

TOPI IJAZAH               Melambangkan iltizam untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang.

BUNGA RAYA             Sebagai simbolik kecantikan kepada tanah air serta sedia berbakti  
                                  kepada Negara. 


GELUNG                     Lambang semangat kesukanan. 

BUKU / KITAB            Membawa erti ilmu yang bermanfaat sebagai panduan ataupun asas untuk 
                                  berjaya. 

MIKROSKOP              Sains teknologi yang sentiasa seiring dengan usaha menimba ilmu. 

MESIN                        Teknologi menjana pemikiran positif. 

LIMA GERIGI PADA    Lambang bagi 5 prinsip Rukunegara dengan 5 Rukun Islam.
MESIN 

Smells Like Teen Spirit...(",)


"Life is like a lesson, you learn it when you through"
is one of the ideas which we must implement in our pupils' mind nowadays, in order for them to be accepted and survived in this world that full of knowledge appliance.

    Since, we as their teacher; an agent of change for them, we must deliver the inputs in such various ways. Thou, our STaC excellencies have done their jobs very well by asking 23 fortunate pupils from our school to attend one programme which is called "Program Gerak Gempur UPSR 2012".

   More or less, this programme was held in UniKL, Bandar Seri Alam and it mainly purpose is to develop pupils around Pasir Gudang schools to have a much, more, better results in answering Bahasa Melayu and English Papers, UPSR 2012 examination. InsyaAllah and by hope, pupils do gain extra information such as correct answering techniques and be able to get results with flying colours in their UPSR 2012 examination.Ameen...(",)

Tuesday, 17 July 2012

UPSR - Kami Prihatin


Tanggal 17 Julai 2012, satu majlis "simple" dan santai di mana 14 murid tahun 6 yang telah menampakkan kecemerlangan dalam UPP2 telah bersarapan pagi bersama Pn Hasmah binti Ismail serta beberapa guru iaitu Pn Noraini Shukor (GPK Kurikulum), Pn Sahrinor Hapsah, Pn Zariah Abd Kadir dan Pn Muslihah Mohd. Mokti.



 Kesungguhan yang telah ditunjukkan dihargai dengan pemberian cenderahati oleh Guru Besar

Ini juga merupakan suatu dorongan untuk ke arah peningkatan pencapaian dalam UPSR nanti.

TAHNIAH ATHIRAH....5A dalam gengaman
                                                                       TAHNIAH ASYRAF &      
                                                                       KAWAN-KAWAN...
                                                                       Terus berusaha ....
                                                                       Pastikan mencapai 5A



TAHNIAH NAFIZA.......5A semakin pasti




Yakinlah anak-anak bahawa kami guru STaC sentiasa menyokong dan membantu kalian....
Jangan malu-malu, makan sampai kenyang..........

Monday, 16 July 2012

PERKONGSIAN BAHAN

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia..

Jenuh membawa pendrive atau laptop ke hulu kehilir? Mengapa bersusah payah jika kita boleh upload bahan tersebut di internet?

Satu akaun mediafire sudah didaftarkan atas nama STaC...

Guru-guru yang ingin berkongsi bahan boleh mendaftar masuk ke www.mediafire.com menggunakan maklumat log in blog ini..

Jangan lupa share selepas anda upload bahan!!

Selamat mencuba..

PROGRAM UPSR 2012 - Kelas Intensif dan Pecutan Akhir







UPSR bakal ditempuhi oleh murid-murid tahun 6 2012 pada 11, 12 dan 13 September 2012. Antara program rutin yang dirancang dan sedang dilaksanakan ialah

a. Kelas Intensif dan Kelas Tambahan Sabtu
Kelas intensif untuk semua murid kelas 6 Anugerah, 6 Bijaksana, 6 Cemerlang, 6 Dedikasi, 6 Ehsan, 6 Fadhilat, 6 Gemilang, 6 Hikmah, 6 Intelek dan 6 Jujur, semuanya berjumlah 390 calon UPSR.....Wow!  Ramainya.... Namun semua guru-guru yakin dan berdaya usaha merealisasikan kecemerlangan...amin...Waktu kelas dari 12.50pm - 1.50pm, dari Isnin hingga Khamis. Memandangkan bilangan murid petang juga ramai, agak sukar mendapatkan tempat belajar yang selsesa.....ada yang ke parking kereta (telah diubahsuai menjadi bilik seni), ada yang di makmal sains, makmal KH, bilik komputer dan mana-mana lagi bilik/ tempat yang boleh digunakan......Kesian murid-murid......Namun belajar tetap terus belajar....perjuangan mesti diteruskan...

Kelas Tambahan Sabtu pula untuk setiap Sabtu, 4 kali sebulan dari jam 8am hingga 11.30am, bergilir-gilir matapelajaran  BM/MT dan BI/SN.........  Hari Sabtu senang sikit kelas diaturkan kerana tiada kelas yang perlu direbut-rebut  berbeza kelas Intensif.....Alhamdulillah.....diberi kemudahan...

b. Pecutan Akhir
Sasaran sekolah 96 5A.......AIM96.....yakin boleh......pemilihan berdasarkan UPPM1 dan UPPM2, seramai 96 murid dipilih mengikuti kelas pecutan bermula 2 Julai- 6 September 2012. Terdapat 7 kelas pecutan di bawah kelolaan En Nur Muhammadi Fitri iaitu Mutiara1, Mutiara2, Permata1, Permata2, Berlian1, Berlian2 dan Geliga......Nama-nama yang sangat cantik sebagaimana cantiknya keputusan yang bakal dihasilkan...amin..Kelas bermula 1.30pm - 3.30pm....Setiap kelas dengan bilangan murid 13 atau 14 sahaja....Ya Allah.....perkenankanlah doa dan usaha kami semua...

Acara bola tampar P10 dan P11, acara bola baling L10 dan L11

Pada 14 Julai 2012, telah diadakan acara sukan bola tampar dan bola baling bagi murid tahun 4 dan tahun 5. Melihat daripada jumlah kehadiran murid dan penyertaan murid, acara sukan ini merupakan suatu aktiviti yang sememangnya disambut baik oleh warga STaC.

Semua murid yang hadir memberikan komitmen yang tinggi terhadap acara sukan tersebut. Tidak kurang juga dengan penglibatan guru-guru dan staf warga STaC. Acara sukan yang dimulakan dengan regangan ini sememangnya dapat menjaga kesihatan dan menjamin kehidupan yang ceria dan sihat tanpa dadah.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sewaktu acara sukan dijalankan:














Ini sememangnya aktiviti yang menceriakan semua warga STaC, bertepatan dengan makna 
STaC (Sukan Teguh Akademi Cemerlang)