Blogger Widgets

Saturday 18 August 2012

Program Sayang Disayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 13 Ogos 2012 yang lalu, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Sayang Disayang yang merupakan salah satu program tahunan sekolah, bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Cendana. Program ini diadakan menyampaikan sumbangan sempenan ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi kepada anak-anak yatim,yatim piatu dan fakir miskin.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis, Pn Najibah yang juga merupakan Ketua Panitia Agama Islam SK Taman Cendana.

Pengacara majlis, Pn Najibah
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hasmah Bt Ismail. Beliau mengingatkan murid-murid SK Taman Cendana supaya menjaga keselamatan diri sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Larangan bermain mercun dan adab-adab menziarah turut disentuh dalam ucapan beliau.

Ucapan Guru Besar
Acara kemuncak pada majlis ini ialah penyampaian sumbangan oleh Pn Hasmah kepada ahli keluarga murid yang terlibat. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat menghiburkan dan memberikan makna baru dalam lembaran senyuman pengubat luka buat murid-murid yang kurang bernasib baik. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbangkan dengan seikhlas hati dalam memberikan sumbangan kepada murid-murid tersebut  
Sumbangan ikhlas daripada pihak sekolah
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kecerian
Di akhir majlis, pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan kepada semua murid pra sekolah. Saksikanlah wajah-wajah ceria mereka :-)
Nak duit raya kena salam dulu
Duit raya ni jangan buat beli mercun ye!!
Masam je muka :)
Wah !! Macam dapat duit juta-juta je adik ni
Tolong jangan ambil duit saya !!
Selamat Hari Raya!!



 

No comments: