Blogger Widgets

Monday, 13 August 2012

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Bas Iskandar Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 8 Ogos 2012 (Rabu) yang lalu, bertempat di SMK Tg Puteri Resort,Pasir Gudang seramai 30 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah terlibat dengan Program Kempen Keselamatan Jalan Bersama Bas Iskandar Malaysia. Program di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Cendana  turut disertai oleh 2 orang guru pengiring iaitu Cik Wan Hasyimah Bt Wan Osman dan En Mohd Yazri B Mohd Yatim.Sebanyak 4 buah sekolah yang terlibat dalam program ini iaitu SK Taman Cendana, SK Kong Kong Laut, Sk Tg Puteri Resort dan SMK Tg Puteri Resort.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan peserta menaiki bas Iskandar Malaysia yang menjemput di sekolah. Keterujaan murid-murid menaiki bas terserlah memandangkan hampir semua peserta program yang terlibat tidak pernah menaiki bas sebelum ini. 

Senyum sampai ke telinga :)

 Peserta SK Taman Cendana tiba paling awal di majlis tersebut dan disambut meriah oleh pihak tuan rumah. Setelah kesemua sekolah yang terlibat tiba, program diteruskan dengan Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Aznita dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Ceramah yang disampaikan berkenaan etika-etika yang perlu diamalkan apabila menggunakan pengangkutan awam. 
Puan Aznita bersama peserta program



Sempat lagi berposing ketika mendengar ceramah


Setelah mendengar ceramah disampaikan, peserta program menanti ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Fatimah Bt Ahmad, Pegawai PPD Pasir Gudang dan YDP MPPG Tn Hj On B Jabbar@Jaafar bagi upacara perasmian majlis. Tepat jam 9.30 pagi, VIP tiba dengan disambut oleh paluan kompang yang penuh meriah.

Dari kiri :- Wakil IRDA, wakil JPNJ, Tn Hj On, Pn Hjh Fatimah dan Pengetua SMK Tg Puteri Resort

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMK Tg Puteri Resort, Puan Han Jot Khin. Seterusnya ucapan oleh Pn Hjh Fatimah yang mengharapkan agar program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan disampaikan kepada rakan-rakan sekolah yang lain. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj On selaku YDP MPPG yang mengharapkan agar program seperti diteruskan pada masa akan datang dan murid-murid yang terlibat memperolehi satu pengetahuan dan pengalaman baru.

Acara kemuncak dalam program ini ialah peserta di bawa menaiki bas mengelilingi bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh polis trafik. 
Menaiki Bas Iskandar- Say Peace!!



Cikgu pun teruja menaiki bas
Sebelum bersurai,peserta bergambar kenangan bersama guru pengiring. Semoga peserta memperolehi satu pengalaman berharga. Terima kasih kepada murid-murid sekalian kerana menjaga disiplin sepanjang program.

Peserta Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Bas Iskandar Malaysia 2012

Jalan-jalan ke pasar raya
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.






No comments: