Pada 13 Ogos 2012 yang lalu, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Sayang Disayang yang merupakan salah satu program tahunan sekolah, bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Cendana. Program ini diadakan menyampaikan sumbangan sempenan ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi kepada anak-anak yatim,yatim piatu dan fakir miskin.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis, Pn Najibah yang juga merupakan Ketua Panitia Agama Islam SK Taman Cendana.
Pengacara majlis, Pn Najibah
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hasmah Bt Ismail. Beliau mengingatkan murid-murid SK Taman Cendana supaya menjaga keselamatan diri sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Larangan bermain mercun dan adab-adab menziarah turut disentuh dalam ucapan beliau.
Ucapan Guru Besar
Acara kemuncak pada majlis ini ialah penyampaian sumbangan oleh Pn Hasmah kepada ahli keluarga murid yang terlibat. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat menghiburkan dan memberikan makna baru dalam lembaran senyuman pengubat luka buat murid-murid yang kurang bernasib baik. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbangkan dengan seikhlas hati dalam memberikan sumbangan kepada murid-murid tersebut
Sumbangan ikhlas daripada pihak sekolah
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kecerian
Di akhir majlis, pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan kepada semua murid pra sekolah. Saksikanlah wajah-wajah ceria mereka :-)
Nak duit raya kena salam dulu
Duit raya ni jangan buat beli mercun ye!!
Masam je muka :)
Wah !! Macam dapat duit juta-juta je adik ni
Tolong jangan ambil duit saya !!
Selamat Hari Raya!!
Wednesday, 15 August 2012
Alhamdulillah...sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Dan dikesempatan ini jugalah seperti tahun-tahun yang sudah, sekali lagi majlis khatam Al-Quran diadakan. Majlis dibawah anjuran panatia agama islam ini dianjurkan pada setiap pagi jumaat sepanjang ramadhan. Murid-murid dibahagiakn kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dipimpim oleh guru-guru yang terlibat. Dengan adanya majlis seperti ini mudah-mudahan kita berjaya memupuk rasa cinta dan kasih kita kepada Al-Quran serta menghayati maksud dan ajarannya. Tahniah warga STaC dan salam ramadhan al-mubarak...
Pada 8 Ogos 2012 (Rabu) yang lalu, bertempat di SMK Tg Puteri Resort,Pasir Gudang seramai 30 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah terlibat dengan Program Kempen Keselamatan Jalan Bersama Bas Iskandar Malaysia. Program di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Cendana turut disertai oleh 2 orang guru pengiring iaitu Cik Wan Hasyimah Bt Wan Osman dan En Mohd Yazri B Mohd Yatim.Sebanyak 4 buah sekolah yang terlibat dalam program ini iaitu SK Taman Cendana, SK Kong Kong Laut, Sk Tg Puteri Resort dan SMK Tg Puteri Resort.
Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan peserta menaiki bas Iskandar Malaysia yang menjemput di sekolah. Keterujaan murid-murid menaiki bas terserlah memandangkan hampir semua peserta program yang terlibat tidak pernah menaiki bas sebelum ini.
Senyum sampai ke telinga :)
Peserta SK Taman Cendana tiba paling awal di majlis tersebut dan disambut meriah oleh pihak tuan rumah. Setelah kesemua sekolah yang terlibat tiba, program diteruskan dengan Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Aznita dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Ceramah yang disampaikan berkenaan etika-etika yang perlu diamalkan apabila menggunakan pengangkutan awam.
Puan Aznita bersama peserta program
Sempat lagi berposing ketika mendengar ceramah
Setelah mendengar ceramah disampaikan, peserta program menanti ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Fatimah Bt Ahmad, Pegawai PPD Pasir Gudang dan YDP MPPG Tn Hj On B Jabbar@Jaafar bagi upacara perasmian majlis. Tepat jam 9.30 pagi, VIP tiba dengan disambut oleh paluan kompang yang penuh meriah.
Dari kiri :- Wakil IRDA, wakil JPNJ, Tn Hj On, Pn Hjh Fatimah dan Pengetua SMK Tg Puteri Resort
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMK Tg Puteri Resort, Puan Han Jot Khin. Seterusnya ucapan oleh Pn Hjh Fatimah yang mengharapkan agar program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan disampaikan kepada rakan-rakan sekolah yang lain. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj On selaku YDP MPPG yang mengharapkan agar program seperti diteruskan pada masa akan datang dan murid-murid yang terlibat memperolehi satu pengetahuan dan pengalaman baru.
Acara kemuncak dalam program ini ialah peserta di bawa menaiki bas mengelilingi bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh polis trafik.
Menaiki Bas Iskandar- Say Peace!!
Cikgu pun teruja menaiki bas
Sebelum bersurai,peserta bergambar kenangan bersama guru pengiring. Semoga peserta memperolehi satu pengalaman berharga. Terima kasih kepada murid-murid sekalian kerana menjaga disiplin sepanjang program.
Peserta Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Bas Iskandar Malaysia 2012
Jalan-jalan ke pasar raya Hendak membeli buah rambutan Berhati-hati di jalan raya Jangan lupa jaga keselamatan.
Trademark baru sekolah kita adalah STaC..Sukan Terbilang Akademik Cemerlang...
Tahu tak mengapa "Sukan Terbilang" sebelum "Akademik Cemerlang"??
STaC dikenali diperingkat zon dan daerah Pasir Gudang dengan pencapaian sukan. Sejak tahun 2006 kita telah menyumbangkan atlit untuk pasukan Johor dalam pelbagai sukan, yang pertamanya adalah Sepak Takraw, adik Shahrizal pada tahun 2006.
Sejak itu, STaC berterusan membekalkan atlit untuk pasukan Johor. Pencapaian terbaik STaC adalah pada 2008 apabila 8 murid STaC dipilih mewakili Johor ke peringkat Kebangsaan dalam empat acara sukan iaitu Olahraga Balapan, Hoki, Bola Baling dan Softball.
Bagi tahun ini, STaC telah menyertai sukan Olahraga Balapan, Bola Sepak, Bola Baling, Hoki, Sepak Takraw dan Bola Jaring. STaC berjaya memperoleh Johan bagi Olahraga dan Bola Sepak, Naib Johan Hoki Perempuan dan Ke-3 Bola Baling Lelaki namun kurang bernasib baik dalam sepak takraw dan bola jaring.
STaC's Track & Field team
Dari sukan tersebut, 4 murid STaC telah dipilih mewakili Johor, 2 dari Hoki, seorang masing-masing dari bola baling dan bola sepak dan berharap peningkatan pada tahun mendatang. Menghargai sumbangan STaC dalam bidang sukan untuk pasukan Pasir Gudang dan Johor, pada tahun 2007 STaC telah dianugerahkan Sekolah Menghasilkan Atlit Berprestasi Tinggi dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Bakat-bakat baru ada yang sudah dikesan dan sedia untuk dibentuk menjadi bintang.Antaranya adalah Harly Davidson dari kelas 3 Bijaksana yang telah memenangi Emas 100 meter kategori bawah 10 tahun di pertandingan peringkat negeri Johor. Selain itu adalah Asman Asrul yang turut membawa pulang Perak Individu Lompat Jauh bawah 10 tahun dan bersama Harly merangkul 2 Emas lagi acara berpasukan relay 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter untuk pasukan Pasir Gudang. Kedua-dua murid ini sudah dipilih mewakili STaC semenjak mereka ditahun 2 lagi. Tahun depan Asman Asrul mungkin akan mewakili STaC untuk 4 sukan utama iaitu bola sepak, olahraga, bola baling dan hoki...
Nurin Natasha
Puteri-puteri STaC tidak kurang hebatnya, contohnya adalah seperti Nurin Natasha dari 5 Cemerlang yang berjaya membawa pulang pingat Gangsa acara lompat tinggi bawah 12 tahun dikejohanan yang sama, yang mana beliau bersaing dengan murid yang lebih tua dari seluruh negeri Johor. Jika diberi latihan dan persediaan mencukupi tahun hadapan, mungkin beliau akan mengikut jejak Ratu Pecut STaC yang menjadi murid pertama mewakili Johor bagi olahraga balapan tahun 2008 iaitu Nurul Najihah Roslan dan Raja Pecut STaC 2011, Naufal Irfan. Dan Nurin sudah mewakili STaC semenjak beliau di pra-sekolah lagi.
Antara sukan berpasukan dan individu, acara individu adalah lebih sukar kerana segala tekanan diserap bersendirian. Dalam acara berpasukan segala kesilapan boleh diperbaiki oleh rakan, namun acara individu memerlukan tumpuan penuh untuk menghilangkan rasa gentar dari pihak lawan, dari penonton bahkan dari dalam diri. Semua ini adalah dari tunjuk ajar jurulatih masing-masing.
Kuarter Lelaki 10 STaC..Izzuddin 4C, Asman 4G, Harly 3B, Najib 4L & Sufian 4D
Jurulatih adalah guru-guru. Guru-guru tidak akan kekal selamanya disatu sekolah dan ini menjadi punca kejatuhan STaC dalam Bola Baling yang merupakan juara bertahan daerah Pasir Gudang dari 2004 hingga 2009 setelah perpindahan Cikgu Bakri ke Pahang dan Cikgu Zairul yang naik pangkat. Namun STaC perlahan-lahan menaikkan semula nama dalam bola baling kerana adanya guru lama, Cikgu Willton dengan pengalaman dan guru baru, Cikgu Azmi Ibrahim dengan keazaman.
Jurulatih berkongsi dalam menyumbang sebahagian dari kejayaan STaC. Mereka bukan profesional, tetapi jurulatih STaC kaya dengan komitmen, kerjasama dan paling utama dahagakan kejayaan. Perasaan menjulang kejuaraan tidak boleh dikongsi melainkan ada penglibatan secara fizikal dan mental dalam perjalanan menuju kejuaraan.
Seperti bola tampar dan bola baling yang sudah memulakan latihan persediaan untuk tahun hadapan, ia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi jurulatih untuk memastikan STaC terus kekal berjaya dalam apa saja kejohanan yang disertai.
Cikgu Azmi Mustafa
Cikgu Khairul
CIkgu Roslan..GPK Kokurikulum STaC
Kita sangat bertuah kerana memiliki Cikgu Khairul yang sudah berada si STaC sejak sekolah ini dibuka pada 2002 dan Cikgu Azmi Mustafa yang masih kekal sejak 2004. Gabungan dua permata ini menjadikan STaC Juara Olahraga Balapan peringkat Zon Pasir Puteh dan daerah Pasir Gudang selama 9 tahun berturut-turut. Tahun depan mungkin menjadi ulang tahun ke 10 kejayaan STaC dalam olahraga balapan dan padang. Guru-guru lain juga mempunyai sumbangan dalam kejayaan sukan STaC namun tiada yang setanding Cikgu Khairul dan CIkgu Azmi.
Guru Besar STaC, Puan Hasmah binti Ismail yang turut memberi sokongan kepada kontigen olahraga STaC
Barisan pentadbir STaC juga memainkan peranan besar dalam kejayaan STaC, terutama sekali Cikgu Roslan yang sentiasa memberi kebebasan kepada para jurulatih untuk menentukan hala tuju latihan masing-masing. Sokongan padu sentiasa terlihat diwajah para pentadbir dan kepuasan turut terukir terutamanya Guru Besar STaC, Puan Hasmah apabila STaC berjaya memenangi atau beroleh pingat dalam kejohanan yang disertai.
Begitulah yang dapat disimpulkan dari penglibatan STaC dalam sukan. Dan dari situlah STaC dinamakan. Bukan STaC tidak cemerlang dalam akademik, pada tahun 2011, 8 atlit STaC berjaya memperoleh 5A dalam UPSR dari keseluruhan 41 orang. Dari 8 orang tersebut, hanya seorang atlit yang telah mewakili Johor. Ini bermakna banyak lagi usaha yang perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan nama STaC supaya dikenali dengan kejayaan kedua-dua bidang sukan dan akademik.
"Our STaC is still young, and there's a lot of work to do to balance the equation"
Mungkin dengan doa dan peningkatan usaha dari semua warga STaC, kita boleh menyempurnakan misi untuk MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITIserta melengkapkan visi; SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG dengan berpegang kepada moto kualiti; KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN.
Sebagai penutup, saksikan gambar kompilasi kejayaan kontigen Olahraga Balapan & Padang STaC 2012. Sekian, wassalam...