Blogger Widgets

Friday, 21 December 2012

NOTIS MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua guru STaC, sila rujuk notis mesyuarat dan taklimat yang disertakan di bawah.

Dewan Muktamar STaC Tersohor : Bilik mesyuarat.

PERKARA 1: MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tarikh         :           28 Disember 2012 (Jumaat)
Masa            :           Tepat Jam 07.30 Pagi Hingga 12.00 Tengah Hari
Tempat       :           Dewan  Muktamar STaC Tersohor
Pengerusi  :           Guru Besar
Pakaian      :           Pakaian Rasmi Kerja
              Catatan      :           Pendaftaran dan Sarapan 07.30 Pagi  Hingga 08.00 Pagi
              Lampiran  :
           
 PERKARA 2 : TAKLIMAT PENGURUSAN UNIT SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tarikh                 :               29 Disember 2012 (Sabtu)

Masa                    :               Tepat Jam 07.30 Pagi Hingga 12.00 Tengah Hari
Tempat               :               Dewan  Muktamar STaC Tersohor
Pengerusi          :               Guru Besar
Pakaian              :               Pakaian Rasmi Kerja
            Catatan               :               Pendaftaran dan Sarapan 07.30 Pagi  Hingga 08.00 Pagi
              Lampiran          :
 PERKARA 3: TAKLIMAT DAN KURSUS DALAMAN
 Tarikh             :               31 Disember 2012 (Isnin)

Masa                :               Tepat Jam 07.30 Pagi Hingga 01.30 Petang
Tempat           :               Dewan  Muktamar STaC Tersohor
Pengerusi      :               Guru Besar
Pakaian          :               Pakaian Rasmi Kerja
Lampiran      :
 
 PERKARA 4: MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013



Tarikh             :               01 Januari 2013 (Selasa) – Sila Rujuk Lampiran
Masa                :               Tepat Jam 07.30 Pagi Hingga 01.30 Petang
Tempat           :               Sila Rujuk Lampiran
Pengerusi      :               Guru Besar
             Pakaian           :               Pakaian Rasmi Kerja

             Lampiran        :
 
 

Tuesday, 11 September 2012

It ain't over until it's over...(",)


" The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place, and I don't care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard you hit. It's about how hard you can get hit and keep moving; how much you can take and keep moving forward. That's how winning is done! Now, if you know what you're worth, then go out and get what you're worth. But you gotta be willing to take the hits, and not pointing fingers saying you ain't where you wanna be because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain't you.
You're better than that!
" -Rocky Balboa 2006-


To my beloved pupils of Year 6 2012,
this is it boys & girls
the time has come to prove what you're worth it.

 For you,
Allah gives us
strength, guidance & achievement
to help us to keep moving forward
.


More or less, 
we as TEACHERS
 there's nothing else from us
that can bind you from getting straight A's
.
Wishing you all the BEST in this UPSR examination.
GOOD LUCK (",)
 

Saturday, 18 August 2012

Ramadhan & Syawal

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Kami warga blog STaC ingin mengucapkan



 


 kepada semua rakan-rakan guru, anak-anak murid sekalian


Duduk depan cermin terasa kacak,
Minyak rambut tiada letak minyak kelapa,
Walaupun mood raya dah memuncak,
Puasa Ramadan jangan di lupa.

Dah perasan kacak terus bergaya,
Segala yang ada semua nak diperaga,
Poket semakin kempis shopping raya,
Jangan lupa lepas raya nak pakai duit Juga.

Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.

Bulan puasa jangan asyik mengata,
Jangan buat cerita untuk di jaja,
Kunjung mengunjung amalan kita,
Jangan duk rumah tonton TV sahaja

Pandai memilih antara intan dan kaca,
jangan hanya rambang mata,
Terima kasih buat pembaca,
Salah silap kemaafan di pinta.

Program Sayang Disayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 13 Ogos 2012 yang lalu, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Sayang Disayang yang merupakan salah satu program tahunan sekolah, bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Cendana. Program ini diadakan menyampaikan sumbangan sempenan ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi kepada anak-anak yatim,yatim piatu dan fakir miskin.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis, Pn Najibah yang juga merupakan Ketua Panitia Agama Islam SK Taman Cendana.

Pengacara majlis, Pn Najibah
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hasmah Bt Ismail. Beliau mengingatkan murid-murid SK Taman Cendana supaya menjaga keselamatan diri sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Larangan bermain mercun dan adab-adab menziarah turut disentuh dalam ucapan beliau.

Ucapan Guru Besar
Acara kemuncak pada majlis ini ialah penyampaian sumbangan oleh Pn Hasmah kepada ahli keluarga murid yang terlibat. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat menghiburkan dan memberikan makna baru dalam lembaran senyuman pengubat luka buat murid-murid yang kurang bernasib baik. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbangkan dengan seikhlas hati dalam memberikan sumbangan kepada murid-murid tersebut  
Sumbangan ikhlas daripada pihak sekolah
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kecerian
Di akhir majlis, pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan kepada semua murid pra sekolah. Saksikanlah wajah-wajah ceria mereka :-)
Nak duit raya kena salam dulu
Duit raya ni jangan buat beli mercun ye!!
Masam je muka :)
Wah !! Macam dapat duit juta-juta je adik ni
Tolong jangan ambil duit saya !!
Selamat Hari Raya!!



 

Wednesday, 15 August 2012

Alhamdulillah...sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.  Dan dikesempatan ini jugalah seperti tahun-tahun yang sudah, sekali lagi majlis khatam Al-Quran diadakan.  Majlis dibawah anjuran panatia agama islam ini dianjurkan pada setiap pagi jumaat sepanjang ramadhan.  Murid-murid dibahagiakn kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dipimpim oleh guru-guru yang terlibat.  Dengan adanya majlis seperti ini mudah-mudahan kita berjaya memupuk rasa cinta dan kasih kita kepada Al-Quran serta menghayati maksud dan ajarannya.  Tahniah warga STaC dan salam ramadhan al-mubarak...

Monday, 13 August 2012

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Bas Iskandar Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 8 Ogos 2012 (Rabu) yang lalu, bertempat di SMK Tg Puteri Resort,Pasir Gudang seramai 30 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah terlibat dengan Program Kempen Keselamatan Jalan Bersama Bas Iskandar Malaysia. Program di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Cendana  turut disertai oleh 2 orang guru pengiring iaitu Cik Wan Hasyimah Bt Wan Osman dan En Mohd Yazri B Mohd Yatim.Sebanyak 4 buah sekolah yang terlibat dalam program ini iaitu SK Taman Cendana, SK Kong Kong Laut, Sk Tg Puteri Resort dan SMK Tg Puteri Resort.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan peserta menaiki bas Iskandar Malaysia yang menjemput di sekolah. Keterujaan murid-murid menaiki bas terserlah memandangkan hampir semua peserta program yang terlibat tidak pernah menaiki bas sebelum ini. 

Senyum sampai ke telinga :)

 Peserta SK Taman Cendana tiba paling awal di majlis tersebut dan disambut meriah oleh pihak tuan rumah. Setelah kesemua sekolah yang terlibat tiba, program diteruskan dengan Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Aznita dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Ceramah yang disampaikan berkenaan etika-etika yang perlu diamalkan apabila menggunakan pengangkutan awam. 
Puan Aznita bersama peserta program



Sempat lagi berposing ketika mendengar ceramah


Setelah mendengar ceramah disampaikan, peserta program menanti ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Fatimah Bt Ahmad, Pegawai PPD Pasir Gudang dan YDP MPPG Tn Hj On B Jabbar@Jaafar bagi upacara perasmian majlis. Tepat jam 9.30 pagi, VIP tiba dengan disambut oleh paluan kompang yang penuh meriah.

Dari kiri :- Wakil IRDA, wakil JPNJ, Tn Hj On, Pn Hjh Fatimah dan Pengetua SMK Tg Puteri Resort

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMK Tg Puteri Resort, Puan Han Jot Khin. Seterusnya ucapan oleh Pn Hjh Fatimah yang mengharapkan agar program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan disampaikan kepada rakan-rakan sekolah yang lain. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj On selaku YDP MPPG yang mengharapkan agar program seperti diteruskan pada masa akan datang dan murid-murid yang terlibat memperolehi satu pengetahuan dan pengalaman baru.

Acara kemuncak dalam program ini ialah peserta di bawa menaiki bas mengelilingi bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh polis trafik. 
Menaiki Bas Iskandar- Say Peace!!



Cikgu pun teruja menaiki bas
Sebelum bersurai,peserta bergambar kenangan bersama guru pengiring. Semoga peserta memperolehi satu pengalaman berharga. Terima kasih kepada murid-murid sekalian kerana menjaga disiplin sepanjang program.

Peserta Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Bas Iskandar Malaysia 2012

Jalan-jalan ke pasar raya
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.






Wednesday, 1 August 2012

YOU KNOW WHY?

Salam Ramadhan..

Trademark baru sekolah kita adalah STaC..Sukan Terbilang Akademik Cemerlang...
Tahu tak mengapa "Sukan Terbilang" sebelum "Akademik Cemerlang"??

STaC dikenali diperingkat zon dan daerah Pasir Gudang dengan pencapaian sukan. Sejak tahun 2006 kita telah menyumbangkan atlit untuk pasukan Johor dalam pelbagai sukan, yang pertamanya adalah Sepak Takraw, adik Shahrizal pada tahun 2006.

Sejak itu, STaC berterusan membekalkan atlit untuk pasukan Johor. Pencapaian terbaik STaC adalah pada 2008 apabila 8 murid STaC dipilih mewakili Johor ke peringkat Kebangsaan dalam empat acara sukan iaitu Olahraga Balapan, Hoki, Bola Baling dan Softball.

Bagi tahun ini, STaC telah menyertai sukan Olahraga Balapan, Bola Sepak, Bola Baling, Hoki, Sepak Takraw dan Bola Jaring. STaC berjaya memperoleh Johan bagi Olahraga dan Bola Sepak, Naib Johan Hoki Perempuan dan Ke-3 Bola Baling Lelaki namun kurang bernasib baik dalam sepak takraw dan bola jaring.

STaC's Track & Field team
Dari sukan tersebut, 4 murid STaC telah dipilih mewakili Johor, 2 dari Hoki, seorang masing-masing dari bola baling dan bola sepak dan berharap peningkatan pada tahun mendatang. Menghargai sumbangan STaC dalam bidang sukan untuk pasukan Pasir Gudang dan Johor, pada tahun 2007 STaC telah dianugerahkan Sekolah Menghasilkan Atlit Berprestasi Tinggi dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Bakat-bakat baru ada yang sudah dikesan dan sedia untuk dibentuk menjadi bintang.Antaranya adalah Harly Davidson dari kelas 3 Bijaksana yang telah memenangi Emas 100 meter kategori bawah 10 tahun di pertandingan peringkat negeri Johor. Selain itu adalah Asman Asrul yang turut membawa pulang Perak Individu Lompat Jauh bawah 10 tahun dan bersama Harly merangkul 2 Emas lagi acara berpasukan relay 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter untuk pasukan Pasir Gudang. Kedua-dua murid ini sudah dipilih mewakili STaC semenjak mereka ditahun 2 lagi. Tahun depan Asman Asrul mungkin akan mewakili STaC untuk 4 sukan utama iaitu bola sepak, olahraga, bola baling dan hoki...

Nurin Natasha
Puteri-puteri STaC tidak kurang hebatnya, contohnya adalah seperti Nurin Natasha dari 5 Cemerlang yang berjaya membawa pulang pingat Gangsa acara lompat tinggi bawah 12 tahun dikejohanan yang sama, yang mana beliau bersaing dengan murid yang lebih tua dari seluruh negeri Johor. Jika diberi latihan dan persediaan mencukupi tahun hadapan, mungkin beliau akan mengikut jejak Ratu Pecut STaC yang menjadi murid pertama mewakili Johor bagi olahraga balapan tahun 2008 iaitu Nurul Najihah Roslan dan Raja Pecut STaC 2011, Naufal Irfan. Dan Nurin sudah mewakili STaC semenjak beliau di pra-sekolah lagi.


Antara sukan berpasukan dan individu, acara individu adalah lebih sukar kerana segala tekanan diserap bersendirian. Dalam acara berpasukan segala kesilapan boleh diperbaiki oleh rakan, namun acara individu memerlukan tumpuan penuh untuk menghilangkan rasa gentar dari pihak lawan, dari penonton bahkan dari dalam diri. Semua ini adalah dari tunjuk ajar jurulatih masing-masing.

Kuarter Lelaki 10 STaC..Izzuddin 4C, Asman 4G, Harly 3B, Najib 4L & Sufian 4D
Jurulatih adalah guru-guru. Guru-guru tidak akan kekal selamanya disatu sekolah dan ini menjadi punca kejatuhan STaC dalam Bola Baling yang merupakan juara bertahan daerah Pasir Gudang dari 2004 hingga 2009 setelah perpindahan Cikgu Bakri ke Pahang dan Cikgu Zairul yang naik pangkat. Namun STaC perlahan-lahan menaikkan semula nama dalam bola baling kerana adanya guru lama, Cikgu Willton dengan pengalaman dan guru baru, Cikgu Azmi Ibrahim dengan keazaman.  

Jurulatih berkongsi dalam menyumbang sebahagian dari kejayaan STaC. Mereka bukan profesional, tetapi jurulatih STaC kaya dengan komitmen, kerjasama dan paling utama dahagakan kejayaan. Perasaan menjulang kejuaraan tidak boleh dikongsi melainkan ada penglibatan secara fizikal dan mental dalam perjalanan menuju kejuaraan.

Seperti bola tampar dan bola baling yang sudah memulakan latihan persediaan untuk tahun hadapan, ia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi jurulatih untuk memastikan STaC terus kekal berjaya dalam apa saja kejohanan yang disertai.

Cikgu Azmi Mustafa
Cikgu Khairul
CIkgu Roslan..GPK Kokurikulum STaC
Kita sangat bertuah kerana memiliki Cikgu Khairul yang sudah berada si STaC sejak sekolah ini dibuka pada 2002 dan Cikgu Azmi Mustafa yang masih kekal sejak 2004. Gabungan dua permata ini menjadikan STaC Juara Olahraga Balapan peringkat Zon Pasir Puteh dan daerah Pasir Gudang selama 9 tahun berturut-turut. Tahun depan mungkin menjadi ulang tahun ke 10 kejayaan STaC dalam olahraga balapan dan padang. Guru-guru lain juga mempunyai sumbangan dalam kejayaan sukan STaC namun tiada yang setanding Cikgu Khairul dan CIkgu Azmi.

Guru Besar STaC, Puan Hasmah binti Ismail yang turut memberi sokongan kepada kontigen olahraga STaC

Barisan pentadbir STaC juga memainkan peranan besar dalam kejayaan STaC, terutama sekali Cikgu Roslan yang sentiasa memberi kebebasan kepada para jurulatih untuk menentukan hala tuju latihan masing-masing. Sokongan padu sentiasa terlihat diwajah para pentadbir dan kepuasan turut terukir terutamanya Guru Besar STaC, Puan Hasmah apabila STaC berjaya memenangi atau beroleh pingat dalam kejohanan yang disertai.

Begitulah yang dapat disimpulkan dari penglibatan STaC dalam sukan. Dan dari situlah STaC dinamakan. Bukan STaC tidak cemerlang dalam akademik, pada tahun 2011, 8 atlit STaC berjaya memperoleh 5A dalam UPSR dari keseluruhan 41 orang. Dari 8 orang tersebut, hanya seorang atlit yang telah mewakili Johor. Ini bermakna banyak lagi usaha yang perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan nama STaC supaya dikenali dengan kejayaan kedua-dua bidang sukan dan akademik.

 "Our STaC is still young, and there's a lot of work to do to balance the equation"

Mungkin dengan doa dan peningkatan usaha dari semua warga STaC, kita boleh menyempurnakan misi untuk MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI serta melengkapkan visi; SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG dengan berpegang kepada moto kualiti; KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN.

Sebagai penutup, saksikan gambar kompilasi kejayaan kontigen Olahraga Balapan & Padang STaC 2012. Sekian, wassalam...

Monday, 30 July 2012

KUTIPAN PINGAT SUKAN TAHUNAN STaC 2012

Assalamualaikum w.b.k..
 
Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan...puasa ke tak? Tak pasang Jalur Gemilang ke?

Bulan puasa ni mungkin tiada aktiviti sukan yang dapat dianjurkan oleh unit sukan STaC untuk menghormati Ramadhan.

Sukan Tahunan STaC dirancang pada 7 Oktober 2012..dan tidak diadakan sekali dengan Hari Kantin STaC..

Sukan Tahunan STaC tahun ni telah mengalami perubahan hasil dari inisiatif unit sukan STaC untuk menambah jumlah pingat yang boleh dimenangi. Sukan Tahunan STaC tidak lagi berkonsepkan Olahraga & Balapan sepenuhnya semenjak tahun 2011 apabila ditambah 1 pingat emas untuk acara bola sepak.

Selaras dengan konsep 1M1S oleh KPM yang menekankan sukan sepanjang tahun, apabila penggal pertama persekolahan dipenuhi dengan takwim sukan peringkat zon hingga kebangsaan, penggal kedua ini pula diisi dengan aktiviti sukan peringkat sekolah.

Berikut adalah acara sukan yang telah dijalankan dan pemenang bagi setiap acara tersebut...
Rumah kuning mungkin belum temui rentak...
Ya, kita ada dua lagi acara dalam perancangan jika menemui tarikh yang sesuai iaitu bola sepak dan bola jaring...dibawah disenaraikan cadangan acara tambahan lain:

1. Bola Tampar Guru-Guru antara Rumah Sukan
2. Bola Jaring Guru-Guru antara Rumah Sukan
3. Tarik Tali Murid antara Rumah Sukan
4. ......(menunggu cadangan lain)

mengapa guru-guru pun nak bersukan? Takkan murid-murid saja yang perlu kekal sihat tapi guru-guru stress dengan kerjaya...why don't we spend some time doing sports? Lebih-lebih lagi kalau guru boleh menyumbangkan pingat untuk rumah sukan masing-masing.

Guru Gembira Anak Murid Ceria!!! 
Hmmm..boleh jadi tagline baru ni,...

Ok lah, dibawah pula adalah jumlah kutipan pingat setakat 30 Julai 2012..
Rumah Merah mengganas!!!


 Jangan risau rumah kuning, you'll conquer track and field events...perhaps...

Ni nak pecah rahsia sedikit, kemungkinan acara kemuncak nanti tidak dapat dijalankan di padang STaC kerana pembinaan surau katanya nak bermula dan ada satu lagi pembinaan yang mungkin akan mengambil sedikit kawasan padang...

Jadi kita tunggu keputusan dari Guru Besar kita Puan Hasmah Ismail...
Good news perhaps? Aminnn...

Jumpa lagi dalam post sukan seterusnya...

~ STaC ~
"Sukan Terbilang Akademik Cemerlang"



Musim Proses Buku Datang Lagi....

Nama Aktiviti : Memproses & Automasi Buku                            
Anjuran          : PSS SK. Taman Cendana
Tarikh            : Sepanjang tahun.
Tempat          : Perpustakaan SK. Taman Cendana
AJK Terlibat  : Guru Perpustakaan & Pengawas PSS

Aktiviti yang dijalankan :
                                      1) Cop hak milik dan perolehan.
                                      2) Menampal sticker warna mengikut kod dwi perpuluhan.
                                      3) Automasi data buku ke dalam database.
                                      4) Menulis maklumat perolehan pada buku.
                                      5) Menampal slip tarikh pemulangan dan 'sellotape' nombor perolehan.

Guru-guru dan pengawas PSS sedang bertungkus-lumus memproses buku.


~Buku yang dah cop~          ~Kotak kuning dah kosong~        ~Q untuk ditulis maklumat~       ~Hampir siap proses~
Catatan : Terima kasih kepada guru-guru perpustakaan dan pengawas PSS yang terlibat dalam aktiviti ini. Berita baiknya, masih ada lagi buku-buku yang perlu kita proses :D. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.

Wednesday, 25 July 2012

MOTIVASI UPSR 2008

Salam Ramadhan...

Video motivasi tahun 6 UPSR 2008, selamat menonton!!

Tuesday, 24 July 2012

BERMULANYA PERCUBAAN UPSR

Hari ini (24/7/12) bermulalah peperiksaan percubaan UPSR bagi adik-adik tahun 6.  Peperiksaan ini sangat penting bagi menilai pencapaian semasa murid sbelum peperiksaan sebenar UPSR pada bulan September nanti.


Peperiksaan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu 1, diikuti kertas Matematik 2 dan seterusnya kertas Bahasa Melayu 2.  Setelah berpenat lelah dan berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, maka inilah saatnya yang akan menentukan penguasaan dan pencapaian para pelajar tahun 6.



Kepada adik-adik tahun 6, teruskan berusaha dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang kelak.  Dan kepada guru-guru tahun 6 yang sentiasa bertungkus lumus mengajar dari pagi hingga ke petang, diharapkan segala usaha dan doa kalian akan dimakbulkan.  Semoga keputusan yang diperolehi mencapai sasaran.

Percubaan UPSR 2012

Selamat berjuang.... Dewan Seri Delima dibuka dan kelas 6 Dedikasi, 6 Ehsan, 6 Fadhilat dan 6 Gemilang di tempatkan di dewan untuk menjawab soalan percubaan UPSR setara negeri Johor....Diharap usaha sedemikian mampu meningkatkan motivasi murid-murid dan bersedia berjuang mendapatkan keputusan terbaik...

Percubaan UPSR 24-26 Julai 2012


Saturday, 21 July 2012

Majlis Solat Hajat Perdana Calon UPSR 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Video ringkas sempena pada majlis solat hajat dan bacaan yassin hari khamis yang lepas...

Moga berkat dari solat hajat dan doa anak-anak murid, ibu bapa dan para guru membakar semangat anak-anak tahun 6 untuk terus gigih dan membuahkan hasil yang membanggakan..insyaAllah..

Friday, 20 July 2012

Bersatu teguh, STaC terus utuh

Pada 18 Julai 2012, telah diadakan satu gotong-royong dikalangan guru-guru STaC untuk Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat bagi pelajar UPSR 2012.

Aktiviti gotong-royong ini dijalankan di bawah seliaan Ustad Mohd Zaki B. Zainal dan diketuai olah Cikgu Qhairi Hisham B. Azemi selaku ketua persiapan tempat (sebelum majlis).

Ape yang dapat diperhatikan di sini ialah kerjasama di antara guru-guru sesi pagi dan petang STaC. Memikul segala beban bersama-sama tidak kira ringan atau pun berat.

Kesungguhan jelas tergambar di wajah mereka: