Blogger Widgets

Tuesday, 26 July 2016

Rayakan sebulan !!

MAKLUMAN
Jamuan Aidilfitri STaC 2016
27 Julai 2016
Sesi Pagi 11:30 - 1:05
Sesi Petang 1:15 - 3:30
Kelas masing-masing Tahun 1-5
Surau untuk Tahun 6

Semua guru dan murid berpakaian melayu lengkap/berbaju kurung. Jubah untuk lelaki TIDAK digalakkan. Sila berkasut sekolah.
Murid tahun 6 berpakaian seragam sekolah seperti biasa kerana sedang menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR.
Segala sumbangan makanan dan minuman untuk jamuan kelas anak atau jamuan di surau sangatlah digalakkan.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, 19 July 2016

Majlis Perasmian English Learning Centre (ELC)

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmat Nya, pihak kami telah berjaya merealisasikan MAJLIS PERASMIAN ENGLISH LEARNING CENTRE(ELC)
yang disempurnakan oleh EN.ISMAIL BIN ABD.WAHAB
PENOLONG PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN MASAI.
Video di bawah ini merupakan rentetan perkembangan bilik tersebut dari tahun 2014-2016.
Semoga usaha menghidupkan budaya penggunaan BAHASA INGGERIS sentiasa mendapat sokongan dari semua warga STaC dan pihak luar.

Wednesday, 13 July 2016

Ayuh bersukan!

Sempena ko kurikulum sukan dan permainan






Hari Bertemu Pelanggan

HARI BERTEMU PELANGGAN SK TAMAN CENDANA 2016
TARIKH: 17 JULAI 2016
MASA: 1030 - 1330
TEMPAT:
1. DEWAN TERBUKA SRI INTAN - TAHUN 1, 2 DAN 3
2. DEWAN TERTUTUP SERI DELIMA - TAHUN 4 DAN 5
3. KELAS PRA SEKOLAH - MURID PRA SEKOLAH
4. KELAS INSPIRASI INSAN - MURID INSPIRASI INSAN

AUDIT TOTAL KECEMERLANGAN
TARIKH: 17 JULAI 2016
MASA: 0800 - 1200
TEMPAT:
1. KELAS 3 ANUGERAH DI MUSOLLA AL HAKIM
2. KELAS 4 ANUGERAH DI MAKMAL MATEMATIK
3. KELAS 5 ANUGERAH DI BILIK MESYUARAT
PUNGUTAN SUMBANGAN PIBG 2016
TARIKH: 17 JULAI 2016
MASA: 0800 - 1300
TEMPAT: KAUNTER KUTIPAN DI LOBI
Maklumat tambahan:
1. Semua murid dicutikan kecuali murid Tahun 6 sahaja yang terlibat kelas tambahan dan perlu hadir seperti masa persekolahan biasa. Pakaian seragam sekolah.
2. Murid kelas 3 Anugerah, 4 Anugerah dan 5 Anugerah perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing.
3. Bagi kelas-kelas lain, hanya ibu bapa yang perlu hadir mengambil laporan.
3. Hadir dalam masa yang telah ditetapkan.