
Hari ini (24/7/12) bermulalah peperiksaan percubaan UPSR bagi adik-adik tahun 6. Peperiksaan ini sangat penting bagi menilai pencapaian semasa murid sbelum peperiksaan sebenar UPSR pada bulan September nanti.

Peperiksaan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu 1, diikuti kertas Matematik 2 dan seterusnya kertas Bahasa Melayu 2. Setelah berpenat lelah dan berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, maka inilah saatnya yang akan menentukan penguasaan dan pencapaian para pelajar tahun 6.

Kepada adik-adik tahun 6, teruskan berusaha dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Dan kepada guru-guru tahun 6 yang sentiasa bertungkus lumus mengajar dari pagi hingga ke petang, diharapkan segala usaha dan doa kalian akan dimakbulkan. Semoga keputusan yang diperolehi mencapai sasaran.
2 comments:
harapan kami agar usaha membuka dewan ini akan menimbulkan aura peperiksaan buat pelajar stac agar menggandakan usaha sblm menjelang upsr yang tinggal beberapa hari sahaja lagi...teruskan berusaha n godluck semua..
Post a Comment