Blogger Widgets

Monday, 16 July 2012

Memo : Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Blog STaC kali kedua



16 Julai 2012
Hari ini akan diadakan mesyuarat kali kedua bersama semua AJK Pembangunan Blog STaC






kepada semua AJK terlibat, sila hadirkan diri untuk sama-sama kita berbincang tentang perkembangan dan penambahbaikan blog STaC ini.






sekian, harap maklum.

Saturday, 14 July 2012

14 Julai 2012



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua terutamanya warga StaC yang berkunjung di blog yang masih dalam pembikinan ini.

hari ni, hari Sabtu terakhir untuk guru-guru StaC bersama-sama ke sekolah sebelum tiba Ramadhan. Untuk makluman semua, Perkhemahan Unit Uniform Tahun 5 yang sepatutnya berlangsung pada hari semalam, hari ni dan hari esok telah ditunda dan akan dijalankan selepas raya nanti, di bulan September.

Jadi, hari ni di sekolah berlangsungnya acara kokorikulum dimana perlawananan Bola Baling dan Bola Tampar diadakan mengikut rumah sukan seperti yang telah berlangsung sebelum ini.

Selamat Bersukan wahai anak-anak STaC dan selamat bersorak dan memberikan galakan kepada guru rumah sukan masing-masing.

Thursday, 12 July 2012

Gerak Gempur UPSR 2012- anjuran PPDPG & MGB di UniKL

Seramai 23 murid calon cemerlang AIM96 telah dipilih berdasarkan prestasi Bahasa Inggeris ke program tersebut pada 12 Julai 2012 di UniKL, Bandar Seri Alam......WOW ramainya murid dari daerah Pasir Gudang...semuanya lebih 700 murid bersama guru-guru pengiring masing-masing.

Wakil STaC diiring oleh Sir Fahmi, Mdm Azliza dan Miss Raymona.......Cikgu Muslihah jadi extra " driver" sebab murid STaC ramai, tiga kereta guru pengiring tidak cukup.....Program bermula 8.00 pg hingga 4.00 ptg.....Aduh..lama juga

....Ada teknik menjawab Bahasa Inggeris di sebelah pagi , manakala sebelah petang Ustaz Muliade pula mengendalikan motivasi.......Komen murid-murid....." BEST CIKGU"....kenapa best....sebab dapat jejak kaki ke universiti....Semoga impian kalian menjadi kenyataan...

Berakhirnya Latihan Rumah Sukan.




Petang tadi, telah berakhirnya Latihan Rumah Sukan bagi sesi petang yang menyaksikan semua murid sangat berpuas hati dan gembira dapat bersukan di padang dan dapat menunjukkan kebolehan masing-masing dalam acara olahraga seperti larian, lompat jauh dan lompat tinggi.

nama murid pun sudah dipilih mengikut rumah sukan masing-masing dan akan ke padang semula kemungkinan besar selepas raya nanti.

apabila ditanya oleh Penyelaras, Cikgu Redzwan apakah perasaan mereka dapat menjalani Latihan Sukan, semua ada yang menjawab "penat" namun tak kurang juga yang memberikan jawapan "gembira".

ternyata, anak-anak STaC sememangnya suka bersukan. mana tidaknya, yang comel-comel badannya pun bersemangat sama untuk berlari dan melompat seperti rakan-rakan yang lain.

Sukan Tahunan STac dijadualkan berlangsung dalam bulan Oktober nanti. beberapa bulan dari sekarang. cikgu-cikgu semua dah tak sabar nak bersorak dekat padang tu. ^___^



UJIAN BULANAN

Wednesday, 11 July 2012

TAKWIM STaC 2012....

Takwim STaC dibina dengan mengabungkan keseluruhan aktiviti kutikulum, ko-kurikulum dan HEM. Objektif utama takwim ialah sebagai panduan dan rujukan guru-guru dan murid-murid bagi setiap aktiviti yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana pada tahun ini.... Salinan takwim juga dipamerkan di papan kenyataan di luar bilik guru dan di dalam bilik guru....Semoga manafaatnya dapat dikongsi bersama...Perubahan kepada aktiviti dan tarikh dimaklumkan dari semasa ke semasa...

TAKWIM STaC 2012

Guru-Guru Bahasa Inggeris dan CPT.




hari ini, semua guru major dan minor Bahasa Inggeris SK Taman Cendana akan bersama-sama menjawab Ujian Kompetan atau Competency Test untuk menguji tahap kompetensi guru-guru yang mengajar subjek ini.


Ujian akan dijalankan di Makmal Komputer 1 dan akan bermula pada jam 12.15 tengah hari untuk guru-guru sesi petang dan jam 1.00 untuk guru-guru sesi pagi.

Selamat Menjawab kepada semua guru yang terlibat. semoga dapat markah yang baik.