Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cuti pertengahan tahun
sudah bermula, selama dua minggu ini diharap anak-anak STaC tidak lupa
membaca buku, mengulangkaji pelajaran terutama anak-anak tahun 6.
Jangan tinggalkan solat, sentiasa bantu ibu bapa dan jaga adab masing-masing.
Jangan terlalu kerap bermain gajet dan mengabaikan aktiviti fizikal. Bak kata iklan susu, nanti sel-sel otak tidak berhubung.
Jangan lupa meminta izin dari ibu bapa jika hendak ke mana-mana. Jangan
pula membentak atau keluar senyap-senyap jika tidak diberi keizinan.
Malang tidak berbau.
Jangan lupa puasa, kerana puasa itu melatih kita untuk bersabar serta menahan diri dari perkara-perkara maksiat.
Akhir sekali, jangan lupa datang semula ke sekolah 12 Jun nanti.
Selamat bercuti, Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Keamatan serta Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Jumpa lagi...