Blogger Widgets

Thursday, 26 May 2016

Selamat Bercuti!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cuti pertengahan tahun sudah bermula, selama dua minggu ini diharap anak-anak STaC tidak lupa membaca buku, mengulangkaji pelajaran terutama anak-anak tahun 6.
Jangan tinggalkan solat, sentiasa bantu ibu bapa dan jaga adab masing-masing.
Jangan terlalu kerap bermain gajet dan mengabaikan aktiviti fizikal. Bak kata iklan susu, nanti sel-sel otak tidak berhubung.
Jangan lupa meminta izin dari ibu bapa jika hendak ke mana-mana. Jangan pula membentak atau keluar senyap-senyap jika tidak diberi keizinan. Malang tidak berbau.
Jangan lupa puasa, kerana puasa itu melatih kita untuk bersabar serta menahan diri dari perkara-perkara maksiat.
Akhir sekali, jangan lupa datang semula ke sekolah 12 Jun nanti.
Selamat bercuti, Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Keamatan serta Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..
Jumpa lagi...

Tuesday, 17 May 2016

Selamat Hari Guru!!!

Kemeriahan Sambutan Hari Guru STaC
Tema: Kesultanan Melayu Melaka








Friday, 13 May 2016

Tahniah pasukan hoki perempuan A SK Taman Cendana

Tahniah kepada pasukan hoki perempuan A SK Taman Cendana kerana berjaya mendapat tempat ke-3 di kejohanan hoki MSSD Pasir Gudang bertempat di SK Seri Alam 2. Pasukan B tidak berjaya untuk melepasi peringkat kumpulan..walaubagaimanapun, tahniah untuk semua anak-anak sk taman cendana kerana berusaha bersungguh-sungguh.. Semoga kita akan lebih berjaya di masa depan..






Monday, 2 May 2016

Lawatan ke sekolah Johan Imarah Musolla peringkat kebangsaan 2015.

Lawatan ke sekolah Johan Imarah Musolla Peringkat Kebangsaan 2015.
Untuk tahun 2016, Musolla Al Hakim STaC akan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.
Doakan kejayaan kita. InsyaAllah.





Monday, 18 April 2016

FROG VLE



Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Pihak sekolah sedang membangunkan laman Frog VLE sekolah untuk kemudahan ibu bapa, murid-murid dan para guru. Sebarang maklumat berkenaan Frog VLE akan diberitahu kelak kepada semua warga SK Taman Cendana. InsyaAllah..

Saturday, 2 April 2016

Sambutan Hari Lahir (Februari & Mac)

Majlis sambutan Hari Lahir untuk murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Februari dan Mac telah dijalankan pada 31 Mac 2016 bertempat di Dewan Seri Intan. Majlis dijalankan dengan begitu meriah hasil kerjasama pihak sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling STaC.