Friday, 13 May 2016
Tahniah pasukan hoki perempuan A SK Taman Cendana
Tahniah kepada pasukan hoki perempuan A SK Taman Cendana kerana berjaya
mendapat tempat ke-3 di kejohanan hoki MSSD Pasir Gudang bertempat di SK
Seri Alam 2. Pasukan B tidak berjaya untuk melepasi peringkat
kumpulan..walaubagaimanapun, tahniah untuk semua anak-anak sk taman
cendana kerana berusaha bersungguh-sungguh.. Semoga kita akan lebih
berjaya di masa depan..
Thursday, 5 May 2016
Monday, 2 May 2016
Lawatan ke sekolah Johan Imarah Musolla peringkat kebangsaan 2015.
Lawatan ke sekolah Johan Imarah Musolla Peringkat Kebangsaan 2015.
Untuk tahun 2016, Musolla Al Hakim STaC akan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.
Doakan kejayaan kita. InsyaAllah.
Untuk tahun 2016, Musolla Al Hakim STaC akan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.
Doakan kejayaan kita. InsyaAllah.
Monday, 18 April 2016
FROG VLE
Bayangkan
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik
darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah
satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
markah secara maya, sementara para
pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang
diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan
guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah
dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana
jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Pihak sekolah
sedang membangunkan laman Frog VLE sekolah untuk kemudahan ibu bapa,
murid-murid dan para guru. Sebarang maklumat berkenaan Frog VLE akan
diberitahu kelak kepada semua warga SK Taman Cendana. InsyaAllah..
Saturday, 2 April 2016
Sambutan Hari Lahir (Februari & Mac)
Majlis sambutan Hari Lahir untuk murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Februari dan Mac telah dijalankan pada 31 Mac 2016 bertempat di Dewan Seri Intan. Majlis dijalankan dengan begitu meriah hasil kerjasama pihak sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling STaC.
Wednesday, 9 March 2016
Solat Gerhana
Pada pagi tadi telah dijalankan program Solat Sunat Gerhana bertempat di Musolla Al-Hakim STaC. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sebelum guru-guru dan murid-murid bersama-sama menjalankan solat sunat gerhana.
Saturday, 5 March 2016
Tewas...
Pada 28 Februari 2016 sehingga 3 Mac 2016 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang 2016 bertempat di SMK Kota Puteri, Pasir Gudang. STaC telah bergelar juara berturut-turut bagi peringkat Zon dan Daerah sebanyak 12 kali sejak dari tahun 2004. Akan tetapi pada tahun 2016, pasukan olahraga STaC tidak berupaya untuk terus kekal sebagai juara buat kali ke-13 selepas menerima tentangan yang hebat daripada sekolah-sekolah lain. Dalam kejohanan tersebut, STaC hanya berjaya untuk mendapatkan tempat ke-4 daripada 70 buah sekolah yang bertanding. Semoga pasukan olahraga STaC akan menjadikan ini sebagai pencetus semangat untuk kembali dengan lebih kuat pada kejohanan akan datang. STaC tidak akan mengalah, kami akan terus berjuang untuk menjadi juara semula..
Subscribe to:
Posts (Atom)





























