Tahniah diucapkan kepada para jurulatih dan pemain pasukan bola jaring STaC kerana telah berjaya merangkul tempat pertama di dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Pasir Gudang 2016 yang telah dijalankan di STaC sendiri. Kejuaraan ini adalah kejuaraan kali ke-4 berturut-turut sejak tahun 2013. Tahniah!
Friday, 5 February 2016
Monday, 1 February 2016
Program Konfrens Ibu-Bapa/Penjaga Tahun 6 & Ceramah Keibubapaan
Untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun 2016 ini, pihak sekolah telah mengadakan satu program bersama-sama ibu bapa murid Tahun Enam yang dinamakan Program Konfrens Ibu-Bapa/Penjaga Tahun 6 & Ceramah Keibubapaan. Program ini dijalankan pada 31 Januari 2016 dan bertempat di Dewan Sri Delima STaC. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu-bapa yang datang ke program ini dan bekerjasama untuk menjayakan majlis ini. Semoga segala ilmu dan teknik yang ditunjukkan dapat diterapkan kepada anak-anak Tahun Enam STaC.
Sunday, 31 January 2016
Majlis Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid ( Januari)
Pada 28 Januari yang lalu, pihak sekolah dengan bantuan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling STaC telah mengadakan satu majlis ringkas bagi menyambut hari lahir para guru dan murid yang jatuh pada bulan Januari. Majlis berlangsung di kedua-dua sesi dengan penuh jayanya. Semoga majlis seperti ini akan dapat di teruskan di sepanjang tahun 2016 ini.
Saturday, 30 January 2016
Ceramah Motivasi Program Transformasi Diri UPSR STaC 2016
Berikut adalah gambar-gambar sempena program Ceramah Motivasi Program Transformasi Diri UPSR STaC 2016 yang bertempat di Dewan Sri Delima STaC pada 28 Januari 2016. Semoga murid-murid Tahun Enam STaC akan menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan UPSR kelak. InsyaAllah.
Friday, 22 January 2016
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda STaC 2016
Pada 20 Januari 2016 telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda STaC 2016. Majlis telah berlangsung pada sesi pagi dan petang. Semoga para pemimpin muda STaC akan lebih bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan tugas di STaC.
Monday, 18 January 2016
Pelancaran Program NILAM 2016
Berikut adalah gambar-gambar di sekitar majlis pelancaran Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) 2016 yang telah berlangsung di tapak perhimpunan sekolah pada Ahad, 17 Januari 2016.
Wednesday, 13 January 2016
Pendaftaran Kelab Persatuan dan Sukan Permainan 2016
Pendaftaran Kelab Persatuan dan Sukan Permainan Kokurikulum 2016 telahpun berjaya diadakan pada 13 Januari 2016.
Sesuatu yang belum pernah dibuat sebelum ini dimana murid dapat memilih kelab dan persatuan mengikut minat masing-masing dengan harapan mereka bergerak aktif dalam kokurikulum. Semoga murid STaC akan terus maju di dalam bidang KoKurikulum.
Subscribe to:
Posts (Atom)






































