Thursday, 12 July 2012
Wednesday, 11 July 2012
TAKWIM STaC 2012....
Takwim STaC dibina dengan mengabungkan keseluruhan aktiviti kutikulum, ko-kurikulum dan HEM. Objektif utama takwim ialah sebagai panduan dan rujukan guru-guru dan murid-murid bagi setiap aktiviti yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana pada tahun ini.... Salinan takwim juga dipamerkan di papan kenyataan di luar bilik guru dan di dalam bilik guru....Semoga manafaatnya dapat dikongsi bersama...Perubahan kepada aktiviti dan tarikh dimaklumkan dari semasa ke semasa...
TAKWIM STaC 2012
TAKWIM STaC 2012
Guru-Guru Bahasa Inggeris dan CPT.
hari ini, semua guru major dan minor Bahasa Inggeris SK Taman Cendana akan bersama-sama menjawab Ujian Kompetan atau Competency Test untuk menguji tahap kompetensi guru-guru yang mengajar subjek ini.
Ujian akan dijalankan di Makmal Komputer 1 dan akan bermula pada jam 12.15 tengah hari untuk guru-guru sesi petang dan jam 1.00 untuk guru-guru sesi pagi.
Selamat Menjawab kepada semua guru yang terlibat. semoga dapat markah yang baik.
Tuesday, 10 July 2012
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
Hari ni telah diadakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan di seluruh negara, di peringkat kebangsaan. SK Taman Cendana juga tidak ketinggalan untuk sama-sama turut terlibat dalam program ini.
Semua guru dan murid Tahun 4,5 dan 6 sesi pagi bersama-sama bersenamrobik menyihatkan badan untuk menyahut seruan kerajaan dan menyokong Program 1 Murid 1 Sukan yang dianjurkan.
acara senamrobik ini disambut dengan baik terutama oleh murid-murid yang sememangnya sukakan aktiviti sukan sebegini yang ternyata mampu menyihatkan badan.
Monday, 9 July 2012
Gotong-royong Bilik BBM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!
Pada 26 Jun 2012 - 3 Julai 2012 yang lalu, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong bilik BBM. Gotong-royong ini diadakan kerana bilik BBM telah berpindah bilik. Guru-guru SKTC berkerjasama memindahkan Bahan Bantu Mengajar dari bilik asal ke bilik yang baru. Selain itu, aktiviti yang dilakukan ialah menyusun BBM, merekod semula BBM dan menghias bilik.
![]() |
| Keadaan BBM yang belum disusun..Jenuhni kalau buat sorang-sorang.. |
| Cikgu Liza dan muridnya yang bersama-sama bergotong-royong :) |
| Cikgu Hairol sedang memaku menggunakan tukul yang dipinjam dari bilik KH. |
| Keadaan bilik BBM yang berubah wajah :) |
| BBM yang telah disusun. |
| Langsir, skirting meja dan tikar pun dah pasang. |
Terima kasih daun keladi kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam gotong-royong ini. Tanpa anda semua, gotong-royong ini tidak akan berjaya.
Sunday, 8 July 2012
Latihan Bola Baling
bukan main lagi guru-guru jurulatih pasukan bola baling STaC turun padang setiap petang sekarang ini melatih anak-anak pasukan bola baling memantapkan lagi permainan mereka.
kalau boleh, biarlah kali ini pasukan bola baling STaC memperoleh kemenangan dan dapat mengharumkan nama sekolah seperti sukan-sukan yang lain.
Bola Baling Boleh!
Saturday, 7 July 2012
LDP : Kursus Meningkatkan Profesionalisme Guru
Jikalau minggu lepas guru-guru STac telah selamat menjalani LDP tentang Memperkasakan Sekolah, minggu ini sekali lagi semua guru datang untuk mendengar Kursus dari Penceramah Undangan Khas, Guru Besar dari Sekolah di Kota Tinggi.
Tajuk kursus ialah Meningkatkan Profesionalisme di Kalangan Guru-Guru. Kursus terbahagi kepada 3 slot iaitu, Slot Pertama merupakan taklimat dari Yayasan Guru Malaysia Berhad. Slot Kedua lebih kepada Pengertian dan Tugas Guru sebagai Pendidik dan Pemimpin dan Slot Ketiga menjurus kepada bagaimana seorang guru berperanan untuk membentuk sahsiah anak-anak murid.
banyak maklumat berguna diperoleh sepanjang kursus ini. semoga guru-guru STaC dapat mengambil input yang terbaik dan menjadikan sebagai cabaran kepada diri sendiri untuk menjadi guru ynag terbaik! Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

