Bayangkan
 Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik 
darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah 
satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang 
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan 
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
 markah secara maya, sementara para 
pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang 
diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan 
guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah 
dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana 
jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Pihak sekolah
 sedang membangunkan laman Frog VLE sekolah untuk kemudahan ibu bapa, 
murid-murid dan para guru. Sebarang maklumat berkenaan Frog VLE akan 
diberitahu kelak kepada semua warga SK Taman Cendana. InsyaAllah..
Monday, 18 April 2016
Saturday, 2 April 2016
Sambutan Hari Lahir (Februari & Mac)
Majlis sambutan Hari Lahir untuk murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Februari dan Mac telah dijalankan pada 31 Mac 2016 bertempat di Dewan Seri Intan. Majlis dijalankan dengan begitu meriah hasil kerjasama pihak sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling STaC.
Subscribe to:
Comments (Atom)
 

 




